Pages

Friday 21 March 2014

Matematik SPM 2013 merosot, siasatan akan dijalankan.

 

Meskipun keputusan SPM 2013 yang diumumkan baru – baru ini meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya namun KPM tidak berpuas hati dengan keputusan matematik dan Kementerian Pendidikan akan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca penurunan prestasi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dalam mata pelajaran Matematik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Katanya kajian itu akan meliputi peranan guru yang mengajar serta kandungan mata pelajaran berkenaan.“Kita ingin tahu kenapa pelajar itu lemah dan kalau perlu kita akan memberi lebih tumpuan lagi,”.

http://fuh.my/wp-content/uploads/2014/03/semak-keputusan-spm-2013.jpg http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/03/SPM_M_140320-300x180.jpg

kenapa guru dan kandungan mata pelajaran yang dipertikai, sedangkan yang di kendalikan disini adalah manusia, yang mana kita tahu bahawa tiap manusia mempunyai tahap kemampuan yang berbeza setiap tahun, andai guru yang dikaji ini jelas menunjukan bahawa kepercayaan kepada guru semakin berkurangan, sedangkan apa yang kami perhatikan adalah kebajikan guru tidak diperjuangkan, guru sewanang – wenangnya dipersalah oleh semua pihak terutama ibu bapa apabila keputusan merosot ataupun tatakala murid mengalami kehancuran moral, para guru akan dipersoal dan dipersalahkan tidak menjalan tanggungjawab.

p/s: pada mata kami keputusan merosot adalah bukan kerana salah guru, tapi sikap murid yang terlalu berani melawan guru dan kurang hormat pada guru, andai guru diberi sedikit kekebalan untuk mendenda atau menghukum murid dengan sewajarnya pasti murid menjadi manusia berbanding sekarang menjadi orang ataupun orang – orangan.

No comments:

Post a Comment