Pages

Monday 26 May 2014

Sarawak sasaran hinaan Warga Malaya

 

Sejak akhir – akhir ini kami banyak mendapat gambar dari media sosial dan chat seperti facebook dan whatapps wechat dan pelbagai lagi mengenai cikgu, pensyarah dan warga Malaya yang menghina negeri Sarawak dan rakyatnya dengan pelbagai tomahan dengan bahasa yang amat kasar dan terlalu mengaibkan, mungkin ada warga malaya yang membaca ni mengatakan memang patut pun. Kami ingin tahu apa yang di dengki dengan Sarawak, adakah kerana kami menuntut royalti minyak, atau kerana kami aman dan tidak banyak jenayah macam di Malaya.

Apa yang kami perasan adalah golongan guru dan pensyarah dari Malaya turut hilang profesionalnya apabila ditempatkan di Sarawak atau Sabah. sehingga lupa bahawa mereka pernah berjanji sanggup pergi kemana sahaja untuk mendidik anak rakyat Malaysia, mungkin dari Malaya beranggapan anak malaya, mungkin  ada yang marah dengan posting admin kali ini namun cuba lihat gambar berikut dan beri padangan anda.

IMG-20140526-WA0033 IMG-20140526-WA0032

kemana hilangnya Integriti dia sebagai seorang pendidik, baru 2 tahun dan meracau , kalau tak sanggup nak mendidik berhenti je dari guru, kami warga www.suaraajaib.com amgat berharap kerajaan JPN negeri sarawak tidak meluluskan perpindahan cikgu sebegini dan juga pensyarah Kolej Komuniti Betong, moga mereka ditempatkan lebih jauh kependalaman sebagai pengajaran kepada mereka dan senarai hitamkan dari perpindahan balik ke Malaya, kami warga sarawak tersinggung betul dengan hinaan sebegini, dahulu  ada pengguna facebook bernama Pendekar Alang turut mencabar Sarawak perang dengan Malaya agar sedar bahawa sarawak tidak ada kelengkapan yang canggih, moga ada DUN dan Wakil Parlimen yang baca dan bertindak, kami warga Sarawak amat mengharapkan menteri menteri Sarawak turut berbunyi mengenai isu sebegini.

Kami bangga dengan YB Datuk Fatimah yang meminta agar pensyarah betong di siasat, moga ada lagi Yb lain turut menyuara hal remeh sebegini diparlimen, dan kami juga dah muak dengan alasan orang Malaya mengatakan facebook dan akaun chat mereka di Hack setiap kali tertangkap dengan penyebaran yang berbaur perkauman dan ke negerian. Kami sentiasa mahu kedamaian dan keamanan Malaysia terus dijaga.

p/s: pantang anak sarawak mengalah “agi idup Agi Ngelaban”, posting ini tidak di HACK ini luahan anak Sarawak. (ketua admin)

No comments:

Post a Comment