Pasti anda tertanya apa maksud kami tercemar… andai anda tinggal sekitar Summer Mall mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan, terus terang kami katakan bahawa Summer setiap malam akan di cemari dengan botol – botol arak yang kami pasti tidak ada dijual di dalam supermarket Survey, namun menurut perkerja yang membuat pembersihan pada minggu pertama pembukaan Summer hampir 1/2 guni penuh dengan botol arak setiap hari. Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tanggungjawab pegawal disana , namun setelah di tanya kepada para pengawal mereka mengatakan “kami pernah tegur mereka supaya membuang botol minuman keras tersebut ,namun tidak diperdulikan, bukan kami tak nak berkeras tapi mereka ramai dan andai kata mereka menyerang yang bersalah tetap kami sebab mereka berada dalam pengaruh alkohol.” Para pengawal berkata kebanyakkan mereka ada remaja yang besekolah dan juga menganggur.
Pihak pengawal berharap agar polis dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut sebelum Summer menjadi lebih tercemar dan menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi, pada masa yang sama kami juga terpanggil untuk bertanya tentang kenderaan yang terlalu banyak diletakkan dihadapan tangga utama ke pintu masuk Summer Mall tersebut, pihak pengawal respon “ dah berkali – kali di beri amaran namun tidak juga dipedulikan dengan alasan lebih senang untuk pergi membeli belah dan pulang”.. ditanya juga kepada para pelanggan respon mereka “ tempat letak kereta dibawah masih gelap terutama waktu malam dan pintu keluar masuk belum teratur”. pada pandangan kami, sebenar nya para pelanggan ini suka ambil mudah sahaja tanpa memperdulikan keadaan lalu lintas menjadi sesak.