Pages

Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

WANITA ISLAM HARAM SERTAI RATU CANTIK. GIMNASTIK BOLEH KE?

Isu terbaru yang menimbulkan kekecohan  umat Islam di Malaysia adalah pengguguran peserta beragama Islam daripada menyertai Ratu Cantik Malaysia, kami sokong tindakkan tersebut yang berdasarkan kepada fatwa pada tahun 1996, namun seperti yang rakan blogger www.lianglahad.blogspot.com laporkan bahawa menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..pada padangan kami sewajarnya Datuk Wan Zahid berusaha untuk menjelaskan semua nya seperti yang termaktub dalam hukum agama Islam bahawa menampak tubuh hatta sehelai rambut pun kepada yang bukan muhrim adalah berdosa.

Dalam kehangatan isu ini , ada juga yang bertanyakan kepada kami bagaimana pula jika perempuan islam menyertai pertandingan gimnastik dan renang..apakah hukumnya , pada pendapat kami tetap juga haram berdasarkan kepada hukum dilarang menunjukkan aurat kepada yang bukan maharam mereka. Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak menampakan kulit asal mereka ,malah menutup dengan rapi… memang mereka menutup dengan rapi ,tetapi tetap menampakkan bentuk badan mereka dan inilah yang dinamakan berpakaian tetapi seperti telanjang.

Tuesday, 23 July 2013

Bonus part -2: Bonus Aidilfitri , dibayar 9 Ogos

 

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

bonuslagi Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

Pasti ramai yang sedang seronok baca perkara ini di laman web dan website berita harian kan?, namun berita tersebut adalah aritkel lama yang diolah kembali oleh berita harian, secara logik cuba kita fikir pernah kah bonus hari Raya diberi selepas hari Raya , kena pula 9 Ogos tu berkemungkinan adalah hari raya kedua …. so sahih ke berita ni ..daripada website teman blogger kita http://fuh.my/bonus-hari-raya-2013-setengah-bulan-gaji-kakitangan-awam/ …yang memperkenalkan diri beliau sebaga Dr Fuh ..beliau ada menyediakan link website tentang sebaran akhbar tersebut ..anda adalah digalak mengunjungi website Dr.fuh..