![]() |
Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu Sibu tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah papan milik mereka petang tadi.Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah kosong sebelum merebak ke rumah-rumah lain dengan cepat.
Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar berusaha untuk mengawal keadaan daripada merebak,sehingga pukul 7 petang semalam anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan menyiasat punca sebenar kejadian. Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. -ringkasan drp utusan malaysia