Pages

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

BR1M atau BRIM ?

 

Batuan Rakyat 1Malaysia atau dikenali sebagai BR1M  merupa sumbangan Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah, namun kini pemimpin dan pembaca berita turut mengubah sebutan BR1M kepada BRIM, bila ahli bahasa mempersoalkan pemimpin nanti marah, tapi sibuk menyuruh rakyat mengusai MBMMBI dan membasmi buta huruf serta menjalankan program Linus bagi membantu pelajar bermasalah membaca.

Jangan le asyik mengharap guru kat sekolah je nak membaiki bacaan murid, bagi menteri dan pihak media jom turut bersama menggunakan istilah yang betul ketika bersiaran di media elektronik kerana generasi kini lebih kerap kepada media elektronik. maka tidak mustahil mereka mengikut apa yang di lihat dan didengar di media elektronik., bersama lah kita wahai para pemimpin memberi tunjuk ajar yang betul kepada generasi baru kita.

p/s: Bahasa menunjukkan bangsa, sebutan pulak menunjuk tahap pemahaman kepada sesuatu bahasa.

Friday, 28 February 2014

KPM tidak tahu guru dipindah kerana kritik PBS


 

beberapa minggu lepas ketika leka melayari internet untuk mendapatkan bahan cerita , kami tertarik dengan artikel tentang PBS , gara – gara membantah PBS beberapa orang guru telah dipindah ke bahagian pedalaman. Ini sah dan nyata menunjukkan bahawa negara kita Malaysia telah menafikan hak bersuara yang sepatutnya diamal dalam sistem Demokrasi. Namun yang peliknya apabila ditanya kepada KPM mereka mengatakan tidak terlibat dengan mengeluarkan arahan sedemikian dan menegas tindakan itu hanya dilakukan oleh PPD kawasan tersebut, bila dah kecoh maka sikap sebenar rakyat Malaysia yang saling menunding jari akan bermula.

Monday, 20 January 2014

Berita TV 3 dan Astro berat Sebelah

 

sudah terlalu lama kami memendam rasa hati ini dengan pihak TV 3 dan Astro yang sering berat sebelah terutamanya apabila segment sukan, di mana apabila Sarawak dan Sabah menang maka tiada jaringan gol ditunjukkan. Pada mulanya kami tidak hirau sangat tentang perkara seperti ini hinggalah ada yang mengadu dan kebetulan beberapa hari lepas semasa menonton berita di TV 3 segment sukan kami memelihat setiap rakaman gol yang dibaca oleh pembaca berita sehinggalah beliau menyebut keputusan sarawak menang , namun tiada jaringan ditunjukkan seperti pasukan lain, setelah itu ketika ramalan kaji cuaca pemberita sekali lagi menganak tirikan Sarawak dan Sabah dengan menyebut “ Ramalan Kaji Cuaca Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak” persoalannya

Wednesday, 18 December 2013

Untung 5 sen dari setiap pelanggan

 

Perasan atau tidak rupa – rupanya dalam diam ada pasar raya yang maju sentiasa mengambil kesempatan daripada para pelangggan mereka, sama ada ini atas arahan pihak pengurusan ataupun kehendak juruwang sendiri, kerana admin sudah kerap kali terkena oleh pasaraya Giant meskipun cawangan yang berbeza dan juruwang yang berbeza, mungkin ada diantara para pembaca tidak kisah sekiranya baki anda sepatutnya Rm 20.45 dikembalikan sebanyak Rm 20.40 , pada pendapat sesetengah orang apalah jika sekadar Rm 0.05 bukan miskin pun..namun jika seorang juruwang boleh berbuat demikan untuk 200 orang pelanggan dan ada 5 kaunter maka sehari pasaraya tersebut mengutip wang curian sebanyak Rm 50 sehari dan katakan ada 100 cawangan maka sehari untung daripada rm 0.05 ialah rm 5000. itu cuma kira kasar, saya tidak mengatakan perkara ini dirancang namun jika dirancang maka kecurian ini tidak boleh dimaafkan. tetapi jika ini adalah sikap sesetengah juruwang maka bagi saya pekerja tersebut tidak jujur dan amanah. kepada para pembaca sekalian tuntutlah hak anda meskipun ianya hanya Rm 0.05.

Monday, 9 September 2013

klinik dan kaunter pembayaran penuh waktu pagi dengan penjawat awam.

 

Baru – baru ini pihak suaraajaib menerima email bertanya kenapa klinik dan kaunter pembayaran dipenuhi oleh penjawat awam, dengan kesempatan melawat beberapa lokasi seperti klinik swasta dan kerajaan dan juga beberapa kaunter pembayaran bil mendapati memang benar bahawa ianya dipenuhi oleh penjawat awam.

http://beritaterkini.my/wp-content/uploads/2013/01/Penjawat-Awam-Facebook.jpg https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_LsFnc9N1Vzh9XmW7xTsArdZPGJihi_3bwZTNULzsirO3P_Qo39kb6O5wKZJkPTWooJvocg881CRjNY7374nX_-AeW2QfyO77NOMWAoT0J98ftGRvJrpSxt31_Fzvrwqedj27dIA7y4AM/s400/curi_tulang.png
Daripada servey yang telah kami jalankan mendapati bahawa alasan mereka adalah jika pada waktu tengah hari  masa terlalu singkat untuk berurusan, tapi yang peliknya selepas urusan selesai kami dapati mereka akan memenuhui pula kedai – kedai kopi dengan alasan sudah masuk waktu minum pagi. Ada kedai kopi yang kami temubual mengatakan ada sesetengah penjawat awam ini akan duduk dikedai kopi hingga jam 12, dan memberi alasan takut tidak sempat keluar untuk ambil anak pulang sekolah. Persoalannya adakah mereka yang sama melakukan rutin ini setiap hari?, ada pemilik kedai kopi yang mengatakan majoriti adalah orang yang sama duduk dikedai kopi hingga jam 10 dan menyambung semula dari jam 12 hingga  jam, kadang – kadang berlarutan hingga jam 3 dan 4 .

Thursday, 15 August 2013

CHONG “kes tembak yang kerap berlaku kini adalah sandiwara BN.”

 

Pemuda BN Perak telah membuat laporan berkenaan dakwaan CHONG CHIENG JEN dalam the Borneo Post bertarikh antara 13 dan 14 Ogos, kesan daripada laporan tersebut menyebabkan  ada  pihak yang sampai mengatakan bahawa Pemuda dan jentera BN Sarawak terlambat lagi untuk membuat laopran, namun pada hemat kami BN Sarawak sebenarnya sedar dan tahu akan laporan tersebut,

Friday, 9 August 2013

Sindiket 'black money' tumpas,

 

Sindiket Black Money yang dipercayai telah beroperasi selama dua tahun ini dalam penghasilan wang palsu akhirnya tumpas setelah dua orang warga asing tertangkap hasil laporan daripada seorang ahli perniagaan Indonesia yang merasakan diri telah ditipu.
Bukanlah nak mempersoalkan kewibawaan dan kecekapan anggota polis kita, namun kenapa setelah dua tahun baru dapat dikesan dan ditangkap, bayangkan berapa banyak kerugian yang telah kita tanggung akibat pertukaran wang paslu ini dengan  wang tulen negara kita, adakah selama tiada operasi dijalankan kerana tiada laporan atau kerana terlalu takut untuk tampil kehadapan untuk membuat aduan sehingga perkara ini sukar untuk disiasat . Andai kata tiada laporan diterima daripada ahli perniagaan Indonesia, mungkin perkara ini akan berlanjutan lebih lama lagi .

Sunday, 14 July 2013

Mangsa Pertama Mercun Buatan Sendiri Di Kedah

 

Alahai baru masuk puasa Ramadahan yang ke 4 dah ada kes pertama mangsa mercun buatan sendiri yang dilaporkan di Alor Setar Kedah, mangsa dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling dipercayai menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling. Dikatan kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.  http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2013/7/11/mstar_jenayah/20130710192229

Thursday, 4 July 2013

tak boleh dedah siasatan Taib

 

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu. Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

Monday, 24 June 2013

Jerebu ,, salah siapa , generasi masa depan menjadi mangsa….

 

http://mstar.com.my/archives/2013/6/23/mstar_berita/haze_KL.jpg

Jerebu yang melanda negara – negara  Asia tenggara menjadi isu yang amat hangat sejak beberapa hari ini, di Malaysia khususnya , jerebu yang melanda negeri – negeri di semenanjung Malaysia nampaknya semakin membimbangkan dengan kadar IPU yang sekejap naik hingga paras bahaya , namun sukar untuk turun keparas sihat, keadaan ini telah menjadikan generasi masa depan negara kita sebagai mangsa, dimana sekolah terpaksa ditutup ,meskipun ada yang beranggap sekadar tutup 2 – 3 hari tidak mendatangkan kesan kepada pembelajaran mereka, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya terutama kepada yang bakal menduduki peperiksaan seperti USPR, PMR , SPM…

Friday, 14 June 2013

Penulis Blog tak perlu dedah identiti

 

Sebagai seorang blogger saya pada mulanya terkilan bila ada media melaporkan bahawa Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar ..dan mula mempersoalkan tentang kebebasan bersuara.. namun setelah membaca laporan terkini bahawa laporan itu ada salah faham dari pihak media ..kami suaraajaib.blogspot.com berasa lega daripada kenyataan tersebut.

Thursday, 13 June 2013

Agenda Memurtadkan umat Islam

 

Siapa yang harus kita persalahkan?, pada tinjauan kmi di sekitar kawasan matang setelah menerima email dari pengadu di taman koperkasa berhampiran dengan supermarket E mart, kami mendapati bahawa kawasan perumahan tersebut majoritynya adalah umat Islam, namun tiada masjid disediakan malah yang dibina adalah gereja yang diguna oleh penganut kristian untuk beribadat pada setiap ahad, kami yang berada di kawasan tersebut berasa terkilan , kerana padang yang luas bersebelahan dengan tadika ABIM tersegamnya sebuah gereja..kenapa tidak masjid. Tidak hairan jika suatu hari nanti pihak gereja tersebut akan mengedar risalah dan mendakwah kepada genarasi muda yang selalu bermain bola besebelahan dengan gereja tersebut... kami tertanya – tanya bagaimana gereja boleh berada disana dan bukannya masjid , siapa yang meluluskan pembinaan gereja tersebut dan apakah agenda disebalik penubuhan gereja tersebut.

Wednesday, 12 June 2013

tidak boleh tukar nama, kenapa?

 

Baru –baru saya ada ikut perjumpaan tak rasmi kawan – kawan masa sekolah menengah dahulu, salah seorangnya berbangsa Cina , namun beliau adalah muslim sejak lahir , sewaktu perjumpaan itu ketika ditanya nama anak nya beliau menyebut nama Cina, bila diaju kenapa beliau tidak guna nama Islam , beliau menjawab nama muslim ada cuma tidak boleh didaftarkan dalam sijil Kelahiran dan My kId, beliau menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran tidak membenarkannya kerana nama beliau masih cina, bila dicadangkan beliau tukar nama beliau menyatakan lagi bahawa bapa beliau juga perlu tukar nama baru lah semua boleh guna nama Islamik…

http://www.malaysiacentral.com/information-directory/wp-content/uploads/2008/12/mykid_malaysia_children_identity_card_front.jpg