ramai yang betanya pendapat admin tentang kematian Altantuyaa, selepas dua orang pegawai polis Sirul dan Azilah dibebas ada yang berpendapat kematiannya adalah mati katak dan sia – sia, baru baru ini Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kekecewaannya dengan Mahkamah Rayuan kerana tidak mengarahkan diadakan perbicaraan semula kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Pada pandangan kami pendakwaan itu boleh dikatakan lemah, kerana jika dahulu kita tahu dua orang pegawai ini disabit menggunakan bom c4 untuk mengebom Altantuya, maka secara logik apabila mereka berdua bebas pasti ramai yang hendak tahu siapa kah yang sebenarnya membunuh?, jika hakim rayuan mengatakan mereka berdua , persoalan kenapa dibebaskan, adakah kerana mendapat pengampunan Agung, atau memang mereka tidak bersalah. Kalau mereka berdua tidak bersalah , seharusnya perbicaraan semula diadakan bagi menunjukkan keadilan dalam sistem undang – udang negara kita dan sekaligus menjadikan negara luar memandang tinggi dengan sistem kehakiman negara kita.