Pages

Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Manifesto PR (Pakatan Rakyat PRU) ke 13. Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!

 

Manifesto PR Pilihanraya 2013

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun

  • Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
  • Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
  • Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
  • Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah

  • Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
  • Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
  • Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
  • Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun

  • Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
  • Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
  • Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol

  • Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
  • Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
  • Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli

  • Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
  • Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
  • Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
  • Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000

  • Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
  • Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.

Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:

  • Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
  • Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
  • Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
  • Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

  • Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
  • Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

  • Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
  • Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
  • Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
  • pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
  • Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
  • PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
  • PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
  • Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
  • dijaga.

Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik

manifesto prHarga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.

Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga

  • 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
  • Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.
  • PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
  • Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.

p/s : BN tiru manifesto PR atau sebaliknya, apa – apa pun kita rakyat nie sebenarnya menonton persembahan politik negara kita, hehehe undi ke tak ke sama je sebenarnya , kita tetap ke kelentong, harap2 lah lepas nie dapat pemimpin dan wakil rakyat yang jujur dan bekerja demi Akhirat…..

Monday, 8 April 2013

BN Jenis Yang Tak Tahu Malu Dan Tak 'Gentlement'

 


KUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara pimpinan PARTI Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran  manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM. (WAHAI RAIS YATIM INGAT LAH YANG TIDAK ADIL DI DUNIA AKAN KENA HISAB DLM KUBUR YANG TIADA PUTAR BELITNYA)

aku janji bn lie to me“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi. (DR. MASZLEE MALIK , HATI2 , takut lepas PRU13 ni nanti , Hang hilang kerja, tapi baguslah hang jujur macam kita org juga)

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

maklumat dipinjam daripada : http://gumbangamas.blogspot.com/ , kami cuma pinjam utk olahan je

Sunday, 7 April 2013

AKU JANJI BN JIKA TERUS DIBERI MANDAT TADBIR NEGARA SELEPAS PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai arah tuju & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kiraan ekonomi yang berhati-hati dan tidak sembarangan.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. ( DATANG DARI  MANA DUIT, KAKI TANGAN KERAJAAN JUGA YANG TANGGUNG WEI)
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150. (ABIS DUIT KWSP)
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. (BARANGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERBALOI LAH WEI, MENANG MEMBELI JE)
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA. ( PROJEK UNTUK KRONI JE)
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam. (KRONI JUGA KAYA)
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat. ( NI OK LAH )
Pelajar IPT minta  kurang bayaran PTPTN , BN bagi rebet handphone, beli handphone jenama tertentu dan tempat tertentu je, bukan nak nak senang pelajar bagi lalai ada lah dgn pembelian handphone nie pelajar akan asyik dgn dunia sosial je , nanti salahkan pelajar tak pandai nak agih masa ..ini semuanya adalah poyo bagi kami