Pages

Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Friday, 14 June 2013

Penulis Blog tak perlu dedah identiti

 

Sebagai seorang blogger saya pada mulanya terkilan bila ada media melaporkan bahawa Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar ..dan mula mempersoalkan tentang kebebasan bersuara.. namun setelah membaca laporan terkini bahawa laporan itu ada salah faham dari pihak media ..kami suaraajaib.blogspot.com berasa lega daripada kenyataan tersebut.

Wednesday, 12 June 2013

Karam sebab naik pengangkutan murah?

Admin merupakan anak jadi sarawak turut terkilan dengan laporan TV3 yang tidak berfikir sebelum membuat laporan, Admin hanya tahu apabila ada rakan2 blogger yang prihatin terhadap masib mangsa bot karam  dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit.Ini jelas menunjukkan bahawa admin kurang menonton berita di tv .. tetapi lebih kepada berita dr rakan blogger,admin sedar mungkin ada yang mengatakan kenapa lambat respon kalau dah tau… kami lambat respon adalah kerana kami perlu bukti..supaya orang tidak mengatakan bahawa www.suaraajaib.blogspot.com hanya copy dan post hasil karya orang lain..apapun jika kami copy,kami akan pastikan ada credit kepada blog asal yang kami copy…

Berbalik kita kepada isu di atas, kami ingin bertanya kepada tv3 pernah kah mereka pergi kapit ?, naik apa?… seperti yang terpapar dalam blog kedah kini.. kami tegaskan lagi cara pergi ke kapit selain bot ekpress cara lain adalah helikopter… tv 3 tahu ke berapa tambang untuk seorang naik helikopter?…. ada ke syarikat tambang helikopter wahai tv 3, bot ekpress yang diorang guna untuk bali semasa gawai tu pun bukan nya murah….masa perayaan tambang naik… dan biasa hanya ada 2 trip perjalanan kerana mengikut keadaan air pasang surut… sekarang harap pihak media kaji dahulu sebelum menyiarkan berita anda,kerana anda semua telah dianggap Profesional dalam menyampai maklumat kepada rakyat..berbading dengan kami, kerana kami penulis di www.suaraajaib.blogspot.com masih amatur dan gaya penyampaian masih beterabur.

tidak boleh tukar nama, kenapa?

 

Baru –baru saya ada ikut perjumpaan tak rasmi kawan – kawan masa sekolah menengah dahulu, salah seorangnya berbangsa Cina , namun beliau adalah muslim sejak lahir , sewaktu perjumpaan itu ketika ditanya nama anak nya beliau menyebut nama Cina, bila diaju kenapa beliau tidak guna nama Islam , beliau menjawab nama muslim ada cuma tidak boleh didaftarkan dalam sijil Kelahiran dan My kId, beliau menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran tidak membenarkannya kerana nama beliau masih cina, bila dicadangkan beliau tukar nama beliau menyatakan lagi bahawa bapa beliau juga perlu tukar nama baru lah semua boleh guna nama Islamik…

http://www.malaysiacentral.com/information-directory/wp-content/uploads/2008/12/mykid_malaysia_children_identity_card_front.jpg