Pages

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

tak boleh dedah siasatan Taib

 

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu. Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

Saturday, 15 June 2013

'Mohon kuasa isytihar harta'

 

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kerajaan memberi kuasa kepadanya untuk mendapatkan perisytiharan harta daripada individu yang disyaki tanpa perlu pembuktian wujudnya kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) untuk membuat pindaan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 bagi membolehkan suruhanjaya itu mendapat kuasa berkenaan.

“Pada masa ini suruhanjaya tidak mempunyai kuasa untuk meminta seseorang mengisytiharkan harta tanpa ada siasatan ke atas kesalahan rasuah terhadap individu terbabit,” katanya pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama lebih 30 Editor pelbagai agensi media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, semalam.

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhykbL1AUiSm4jVNERAN0XPl349yEN082qkk8zQ_HNfEN4dKQlzKmE9n58H7wzO7PBibtI86ybvAmNM5k3axTXgN49kSbu-pRdI3XVWgGuYK4zUBGNoSyjX1T64WPmyl3nECzoDzjip652p/s400/logo-sprm.jpg

pernyataan diatas adalah disunting daripada berita harian 14 jun .. kami rasa SPRM dan JKMR patut diberi kuasa agar boleh menjalankan siasatan dengan lebih efektif dan berkecuali.. ini juga secara tidak lansung akan menjadi kadar atau peratus menerima dan memberi rasuah dapat diturun hingga paras 0% kalau boleh… kami harap kerajaan akan meluluskan perkara ini secepat mungkin. moga terus maju SPRM

Thursday, 11 April 2013

PETANDA NEGERA DIAMBANG KEHANCURAN OLEH PARTI BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvOQCmUXuFReXGW1vnwQ9oJdhOuIl80XWiPuLZFjax_kpzAmC6pghV1gyJgJRKE2NUUmRqaSdbIWfncv8piWY4O2VMY9PB2HoKbqlwBe_QlIpNs81P0K8LUxitWl5TPUsvyHOqQwEGLPM/s1600/CARTOONKIN-TAIB-22-MAC-2013-640x360.jpeg

http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

 

Ketika Tan Sri Taib Mahmud melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "nakal" dan "tidak jujur", Transparency International-Malaysia (TI-M) mengingatkan ketua menteri Sarawak itu bahawa dipilih dalam pilihan raya tidak semesti membuatkannya tergolong dalam "kelas istimewa"

NONE

http://gumbangamas.blogspot.com

Presiden TI-M Paul Low (kanan) berkata, oleh kerana Taib dipilih oleh rakyat, beliau patut menghormati dan menjunjung kedaulatan undang-undang pada setiap masa.


"Kita tahu beliau dipilih oleh rakyat. Tetapi ini tidak bermakna beliau tergolong dalam kelas istimewa (yang tidak boleh disiasat).
"Sebaliknya, oleh kerana dipilih rakyat, rakyat mahukan kamu lakukan perkara yang betul dengan menghormati dan menjulang kedaulatan undang-undang pada setiap masa," katanya kepada Malaysiakini.
Low mengulas sikap keras Taib pada SPRM awal minggu lalu, termasuk keengganannya memberikan kerjasama terhadap suruhanjaya antirasuah itu.

Namun sehingga kini DS Najib dan para Ahli Barisan National hanya mampu berdiam diri , apakah ini bermaksud bahawa SPRM akan dimansuhkan demi menjaga kepentingan Taib Mahmud dan ahli keluarga, harap harap apabila kerajaan baru selepas PRU 13 nanti ditubuhkan adalah diharapkan kerajaan tersebut dapat menjadikan SPRM satu badan yang betul betul bebas dan berkuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa kerenah birokrasi.

 

P/s :kepada rakyat malaysia mari kita berdoa bahawa kerajaan baru nanti akan lebih telus dan jujur