Pages

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Monday, 26 May 2014

Sarawak sasaran hinaan Warga Malaya

 

Sejak akhir – akhir ini kami banyak mendapat gambar dari media sosial dan chat seperti facebook dan whatapps wechat dan pelbagai lagi mengenai cikgu, pensyarah dan warga Malaya yang menghina negeri Sarawak dan rakyatnya dengan pelbagai tomahan dengan bahasa yang amat kasar dan terlalu mengaibkan, mungkin ada warga malaya yang membaca ni mengatakan memang patut pun. Kami ingin tahu apa yang di dengki dengan Sarawak, adakah kerana kami menuntut royalti minyak, atau kerana kami aman dan tidak banyak jenayah macam di Malaya.

Apa yang kami perasan adalah golongan guru dan pensyarah dari Malaya turut hilang profesionalnya apabila ditempatkan di Sarawak atau Sabah. sehingga lupa bahawa mereka pernah berjanji sanggup pergi kemana sahaja untuk mendidik anak rakyat Malaysia, mungkin dari Malaya beranggapan anak malaya, mungkin  ada yang marah dengan posting admin kali ini namun cuba lihat gambar berikut dan beri padangan anda.

Sunday, 16 March 2014

Harapan Punah di Stadium Negeri Sarawak

 

Jurulatih dan pengurus pasukan Lions XII semalam(15/3/2014) hampa apabila dibaham Buaya Sarawak 3-1 dalam suasana hujan di stadium Ngeri Sarawak, Pasukan Lions sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak mahu kedatang mereka untuk sekadar seri atau kalah, harapan mereka datang adalah untuk meraih kemenangan dan mengutip mata penuh.

Monday, 20 January 2014

Berita TV 3 dan Astro berat Sebelah

 

sudah terlalu lama kami memendam rasa hati ini dengan pihak TV 3 dan Astro yang sering berat sebelah terutamanya apabila segment sukan, di mana apabila Sarawak dan Sabah menang maka tiada jaringan gol ditunjukkan. Pada mulanya kami tidak hirau sangat tentang perkara seperti ini hinggalah ada yang mengadu dan kebetulan beberapa hari lepas semasa menonton berita di TV 3 segment sukan kami memelihat setiap rakaman gol yang dibaca oleh pembaca berita sehinggalah beliau menyebut keputusan sarawak menang , namun tiada jaringan ditunjukkan seperti pasukan lain, setelah itu ketika ramalan kaji cuaca pemberita sekali lagi menganak tirikan Sarawak dan Sabah dengan menyebut “ Ramalan Kaji Cuaca Seluruh Malaysia Termasuk Sabah dan Sarawak” persoalannya

Saturday, 18 January 2014

Bandaraya Kuching juga sudah tidak selamat…

 

Beberapa hari lalu kami terbaca dalam facebook bahawa satu rompakkan bersenjata telah berlaku di kawasan Satok dalam Bandaraya Kuching, dikata bahawa 2 orang pemuda Melayu melakukan rompakkan tersebut bersenjatakan sepucuk pistol automatik. Kami bukanlah hendak menceritakan kejadian ini, tapi sekadar menyatakan pendapat bahawa Bandaraya Kuching sudah bertambah tidak selamat dengan kemasukkan senjata api, ini juga menunjukkan bahawa kawalan sempadan negeri Sarawak ada masalah sehinggakan senjata api boleh dimiliki oleh pengguna yang tidak berlesen.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxhNAgTFaaDwrQYw6GafII37L1D5hS-9hHhlK8ZaOQBvfRB57RPCo-VCc3MQDmyOmrmqV63eDKx95ww8ABGOz56S6cySkGR486bzQV8cPURBI2se0y3zJfs-5uB_86RZ9n6DipzToZdIs/s1600/1491620_654226457957069_249502954_n.jpg
dari laman web  : http://3.bp.blogspot.com

 

 

Sunday, 28 July 2013

Summer Mall Samarahan tercemar?

 

Pasti anda tertanya apa maksud kami tercemar… andai anda tinggal sekitar Summer Mall  mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan, terus terang kami katakan bahawa Summer setiap malam akan di cemari dengan botol – botol arak yang kami pasti tidak ada dijual di dalam supermarket Survey, namun menurut perkerja yang membuat pembersihan pada minggu pertama pembukaan Summer hampir 1/2 guni penuh dengan botol arak setiap hari. Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tanggungjawab pegawal disana , namun setelah di tanya kepada para pengawal mereka mengatakan “kami pernah tegur mereka supaya membuang botol minuman keras tersebut ,namun tidak diperdulikan, bukan kami tak nak berkeras tapi mereka ramai dan andai kata mereka menyerang yang bersalah tetap kami sebab mereka berada dalam pengaruh alkohol.” Para pengawal berkata kebanyakkan mereka ada remaja yang besekolah dan juga menganggur.

Pihak pengawal berharap agar polis dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut sebelum Summer menjadi lebih tercemar dan menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi, pada masa yang sama kami juga terpanggil untuk bertanya tentang kenderaan yang terlalu banyak diletakkan dihadapan tangga utama ke pintu masuk Summer Mall tersebut, pihak pengawal respon “ dah berkali – kali di beri amaran namun tidak juga dipedulikan dengan alasan lebih senang untuk pergi membeli belah dan pulang”.. ditanya juga kepada para pelanggan respon mereka “ tempat letak kereta dibawah masih gelap terutama waktu malam dan pintu keluar masuk belum teratur”. pada pandangan kami, sebenar nya para pelanggan ini suka ambil mudah sahaja tanpa memperdulikan keadaan lalu lintas menjadi sesak.

Saturday, 29 June 2013

Summer Mall dibuka dengan meriah

29/06/2013 Summer Mall yang selama ini dalam pembinaan akhirnya telah dirasmikan..meskipun belum semua lot  kedai beroperasi , terutamanya Survey dan Parkwell , namun dengan pembukaan Big Aplle , Hari – hari dan beberapa buah lot kedai lain telah memeriahkan Mall tersebut, perasmian dimulakan dengan tarian singa yang pada pandangan kaum cina boleh membawa rezeki yang lebih baik begitu juga dengan pembakaraan mercun.

Summer yang dirasmikan pada hari ini adalah fasa pertama… fasa hotel , apartment dan water lagoon tetap diteruskan juga, ini jelas menunjukkan bahawa para pelabur telah sedar akan potensi kota samarahan untuk terus maju dan membangun… semoga banyak lagi Mall sebegini dibuka dan memberi lebih bnyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk kota samarahan khususnya.. selamat maju jaya SUMMER MALL, moga lepas ini ada syarikat lain pula yang sudi membina Autum Mall pula di Asajaya atau juga Muara Tuang seperti Bandar Riyal ..yang kelihat amat menarik pada lakaran nya..moga ia tidak menjadi indah gambar dari rupa.

Friday, 28 June 2013

Sarawak Tiada Elektrik Bergelap 27 Jun 2013

27/06/2013 kira – kira jam 5:30 petang , ketika admin sedang dalam perjalanan pulang , setiba di lampu isyarat didapati semua lampu tidak berfungsi, namun syukur polis trafik sudah ada di tempat berkenaan, “terima kasih kepada anggota trafik yang telah bersusah payah melancarkan semula keadaan lalulintas”. pada sangkaan mungkin sekejap je .. tau2 mak iii sampai jam 12.30 pagi.. kesian anak asyik minta hidupkan kipas je.. moga2 mlm ni tak le terjadi lagi moga power plant kat bintulu tak rosak ..kalau nak baiki pun harap di baiki siang2 nie..hehehe

Tuesday, 25 June 2013

Rakyat Sarawak kesal dengan pihak Astro…tiada siaran lansung sebab jadual penuh?

 


gambar dpd web dunia sukan, pinjam dari fbook

Sebilangan besar rakyat dari Bumi Kenyalang (SARAWAK) menyatakan rasa kesal dan tidak berpuas hati dengan pihak Astro yang dianggap tidak sudi menayangkan siaran lansung Liga Perdana 2013 dengan alasan jadual mereka penuh dan berjanji akan berusaha untuk menayangkan final Piala Malaysia..(takkan AStro tak tauk nak uruskan jadual..hehehe) sepanjang musim liga perdana lansung takda siaran lansung untuk sarawak, orang sarawak masih cool , tetiba final Liga perdana pun Astro tak siarkan live , meroyan le orang Sarawak, terutama yang tinggal jauh dari kawasan Kuching, hanya mendengar liputan dari radio je , bayar bil mahal sebab nak ambik spot.