Pages

Showing posts with label demokrasi. Show all posts
Showing posts with label demokrasi. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Menghina Nabi Muhammad

 

Baru – baru ini laman sosial facebook telah disalah gunakan lagi, setelah menghina Agung dan Institusi Raja – Raja, seorang Programmer yang konon bernama calvin Gani telah dengan lancangnya menghina Nabi Junjungan Umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa beliau bertindak demikan?.. buat masa ini tiada sebarang penjelasan yang dia buat, namun kami berharap apa jua yang dia bakal katakan nanti kita umat Islam haruslah mendengar dahulu dan menganalisa apa jua alasan dia, kita sebagai Umat Muhammad jangan lah terlalu mudah untuk memaaf seseorang , orang seperti si calvin ini seharusnya didenda dan dikenakan tindakkan yang setimpal.

Monday, 6 May 2013

BN menang di Kota Samarahan. Cabaran tugasan pertama untuk Rubiah Wang?

 

Meskipun BN menang di kota samarahan ( kota ilmu utk Sarawak) , namun ada satu masalah yang bakal menjadi tugasan dan cabaran kepada wakil parlimen ini Rubiah Wang, mungkin  pembaca kata kalau setakat satu je macam makan kacang (senang je)… rakyat samarahan meminta Rubiah Wang menghapuskan perjudian online ( judi di internet lahhh), mampu kah tidak..kerana sebelum ini pernah juga tempat – tempat ini ditutup , namun tak sampai 1 bulan mereka beroperasi lagi di tempat dan lokasi yang sama, yang paling menarik adalah mereka sekarang beroperasi 24 jam..bagaimana Datuk Rubiah dapat ke hentikan tempat tu, tu yang online ..bagi judi yang tak ketara namun masih dikategorikan sebagai judi juga, iaitu judi meneka bola ping pong ( ala2 judi meneka yang dijalan oleh Ibrahim pendek dalam cerita Ali baba penyamun).

Saturday, 20 April 2013

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP

 
 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU4PNvlZa6CQCQa8Dm1h01k7vGlUI2u6eaWUEe8cIj6EecCWcg68MhcIENvq4jSyZP5ChzSLsDLKOgghGpWA6_8Bt41F9E9EKAj2bww6Tj5uCNdKH2On4M9SoqZEPfpJ-PiJJWJnoMiMI/s240/pas-dap.gif

source : http://www.facebook.com/nikaziz?hc_location=stream

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Wednesday, 10 April 2013

Pemimpin PERKASA Pro umNO Hina Agama Lain

 

Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim. 

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.


Saksikanlah bagaimana bebasnya pemimpin PERKASA pro umNO menghina agama lain!!

P/s : Kenapa dia boleh hina ?, sebab dia UMNO, kalau PR, DAP dan PAS mesti kena tangkap atau ke kutuk punya ..hehehhe

Monday, 8 April 2013

SEBAB TUMBANGKAN BN

 

Hutang negara Malaysia 2013 ialah RM 547.79 bilion.

Lima tahun  Najib sebagai PM  telah membuat hutang lebih banyak dari kesemu 5 PM terdahulu. Hebat hebat. 2 tahun terakhir ini sahaja,  Najib telah  buat hutang RM 100 bilion. Woooo. Hidup Rosmah.


Tetapi Najib amat pemurah kerana:

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan

Rakyat Malaysia syok dapat RM 500. Tajudin syok dapat RM 589 juta!!!!

Hanya satu sebab untuk tumbangkan BN!!!!
Jika dibiarkan BN terus memerintah, hutang negara dijangka pada 2020 iaiah 1.21 trilion!!!!
Wooooo. 

Thursday, 4 April 2013

Demokrasi

Ini baru betul, tapi ini bukan sekadar untuk rakyat je , walaupun berlainan PARTI jangan lah sampai hilang dan putus hubungan sesama manusia, dan jgn lah asyik bertelagah, apa salah nya sama – sama usaha membangunkan Kerajaan Malaysia, kalau tahu MB Selangor bijak Ekonomi lantik je beliau sebagai Menteri ekonomi, jangan hanya pandang ahli dalam parti yang sama je, nie yang dah kalah pun masih juga lantik jadi menteri , orang tu kalah sebab rakyat tak yakin dengan dia , so jgn lah ambil jadi menteri sebab tu lah rakyat menyampah dan menyebabkan yang lain pun mendapat tempias yang sama. Jika negara lain boleh bercampur parti untuk memerintah negara mereka, kenapa tidak kita yang berpegang dengan konsep 1 Malaysia tidak mampu untuk bersama – sama memerintah negara ini meskipun berlainan PARTI. renung dan fikirkanlah wahai Bakal pemenerintah sekalian.