![]() |
seperti yang pernah kami katakan bahawa ada penyalahgunaan lesen perniagaan makanan halal, apa yang dimaksudkan pada masa kini banyak bumiputera melayu yang mempunyai lesen perniagaan makanan halal yang membolehkan mereka membuka restoran atau kedai makan, namun apa yang mendukacitakan adalah majoriti mereka lebih sanggup untuk menyewakan lesen tersebut kepada orang bukan Islam dan hanya duduk rumah menunggu bayaran dari sewaan lesen tersebut.
Beberapa bulan lepas ada yang mengadu bahawa salah sebuah restoran di kawasan kuching yang ada sijil halal,rupanya dari tukang masak hingga pelayan adalah bukan muslim, pengadu mendapat tahu apabila mendapati bekas pelajarnya yang bukan Islam berkerja direstoran dengan mengenakan tudung, pada sangkaan pengadu bekas muridnya telah memeluk agama islam, namun apabila bekas pelajarnya mengatakan bahawa jika menggunakan tudung semasa bekerja mereka akan dibayar gaji yang lebih. Apa yang dikhuathiri adalah adakah bahan mentah seperti ayam dan daging diperolehi dari pengedar dan pembekal yang memiliki sijil Halal.