Pages

Showing posts with label menifesto. Show all posts
Showing posts with label menifesto. Show all posts

Monday, 8 April 2013

SEBAB TUMBANGKAN BN

 

Hutang negara Malaysia 2013 ialah RM 547.79 bilion.

Lima tahun  Najib sebagai PM  telah membuat hutang lebih banyak dari kesemu 5 PM terdahulu. Hebat hebat. 2 tahun terakhir ini sahaja,  Najib telah  buat hutang RM 100 bilion. Woooo. Hidup Rosmah.


Tetapi Najib amat pemurah kerana:

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan

Rakyat Malaysia syok dapat RM 500. Tajudin syok dapat RM 589 juta!!!!

Hanya satu sebab untuk tumbangkan BN!!!!
Jika dibiarkan BN terus memerintah, hutang negara dijangka pada 2020 iaiah 1.21 trilion!!!!
Wooooo. 

BN Jenis Yang Tak Tahu Malu Dan Tak 'Gentlement'

 


KUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara pimpinan PARTI Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran  manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM. (WAHAI RAIS YATIM INGAT LAH YANG TIDAK ADIL DI DUNIA AKAN KENA HISAB DLM KUBUR YANG TIADA PUTAR BELITNYA)

aku janji bn lie to me“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi. (DR. MASZLEE MALIK , HATI2 , takut lepas PRU13 ni nanti , Hang hilang kerja, tapi baguslah hang jujur macam kita org juga)

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

maklumat dipinjam daripada : http://gumbangamas.blogspot.com/ , kami cuma pinjam utk olahan je

Sunday, 7 April 2013

AKU JANJI BN JIKA TERUS DIBERI MANDAT TADBIR NEGARA SELEPAS PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai arah tuju & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kiraan ekonomi yang berhati-hati dan tidak sembarangan.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. ( DATANG DARI  MANA DUIT, KAKI TANGAN KERAJAAN JUGA YANG TANGGUNG WEI)
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150. (ABIS DUIT KWSP)
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. (BARANGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERBALOI LAH WEI, MENANG MEMBELI JE)
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA. ( PROJEK UNTUK KRONI JE)
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam. (KRONI JUGA KAYA)
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat. ( NI OK LAH )
Pelajar IPT minta  kurang bayaran PTPTN , BN bagi rebet handphone, beli handphone jenama tertentu dan tempat tertentu je, bukan nak nak senang pelajar bagi lalai ada lah dgn pembelian handphone nie pelajar akan asyik dgn dunia sosial je , nanti salahkan pelajar tak pandai nak agih masa ..ini semuanya adalah poyo bagi kami