Alahai baru masuk puasa Ramadahan yang ke 4 dah ada kes pertama mangsa mercun buatan sendiri yang dilaporkan di Alor Setar Kedah, mangsa dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling dipercayai menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.
Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling. Dikatan kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2013/7/11/mstar_jenayah/20130710192229