Pages

Showing posts with label samarahan. Show all posts
Showing posts with label samarahan. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Guru belum dapat Netbook tapi dah dapat kutukkan

 

19. Mei 2014: kami menerima  gambar yang amat mendukacita para guru , seolah – olah jasa mereka tidak dikenang malah diperlekehkan dengan mengatakan bahawa kerja goyang kaki gaji 2 ribu hingga 5 ribu namun masih mengharap netbook.  pada kami guru di Malaysia layak mendapat netbook tersebut sebagai imbalan penat lelah mereka mendidik anak – anak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Screenshot_2014-05-19-19-46-41 IMG-20140519-WA0007

Kepada keyboard warrior Jordan Neal nie nanti kalau dah kecoh pasti dia akan guna alasan facebook dia kena hack, kami berharap pihak Jantung Negara Samarahan dapat membantu dalam perkara ini. meskipun kami bukan guru namun sebagai manusia yang pernah bergelar murid turut bersimpati dengan para guru atas hinaan jordan neal ini. pada kami netbook belum lagi diagih kenapa jordan dah kecoh , gaji M.A diploma pun sama dengan guru diploma. gaji ijazah pun sama , jika jordan neal berminat gaji besar kerja dengan swasta atau mulakan perniagaan.

 

Monday, 3 March 2014

Hak dipetikaikan

 

Samarahan salah sebuah bahagian di Sarawak yang masih mempunyai kawasan tanah yang masih belum diusahakan serta mendapat grant tanah pemilikkan, baru – baru ini kami suaraajaib mendengar keluhan penduduk di samarahan sewaktu berkunjung di Warong 2000, ada yang kami dengar kehilangan tanah dengan sekelip mata iatu sewaktu beliau membeli tanah dengan pemilik asal beliau telah membuat penyukatan tanah di land and survey Samarahan, dan menerima surat pemilikkan pada tahun 2008, tatakala beliau hendak menjualnya baru – baru ini , beliau dimaklum bhawa grant pemilikkan beliau telah terbatal dan tanah tersebut menjadi milik bangsa lain.

Wednesday, 13 November 2013

simpang maut samarahan

 

Samarahan kini memerlukan lebih lampu isyarat , terutama dikawasan simpang – simpang utama. pada pemerhatian kami mendapati lampu isyarat dikawasan simpang bank Islam adalah amat diperlukan memandangkan kawasan tersebut kerap  berlaku kemalangan akibat kurang tolak ansur daripada pengguna jalanraya di kawasan tersebut. Menurut aduan yang kami terima , hampir setiap bulan pasti ada kemalangan dikawasan berdekatkan dengan Bank Islam samarahan.

Sunday, 1 September 2013

Restoran maju, tandas terbiar

Dah beberapa hari ini kami hendak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kedai dan restoran muslim. Ada beberapa buah restoran dan kedai makan yang kami pergi di sekitar kuching dan samarahan tandas mereka berdekatan sama ada dengan tempat membancuh air dan ada juga didalam dapur tempat memasak makan. Apa yang lebih menyedihkan adalah keadaan dan bau tandas yang amat tidak menyenangkan dan tidak terlalu terlampau jika kami katakan andai masuk tandas sebelum makan pasti akan hilang selera makan.

Thursday, 15 August 2013

DAP dipersila buka cawangan di Samarahan dan Asajaya

 

Abdul Karim Rahman Hamzah mempersilakan DAP untuk membuka cawangan di Samarahan dan Asajaya selepas DAP membuka cawangan di DUN Tupong yang bertujuan memberi bantuan dan menerima aduan daripada penduduk sekitar, pada pandangan kami yang kurang arif dalam bidang politik , tindakkan Datuk Abdul Karim ini sebenarnya adalah bahaya, meskipun peluang DAP hendak menang PRN –11 di kawasan Tupong mahu kawasan Asajaya dan Samarahan adalah kemungkinannya nipis, namun dengan pembukaan cawangan dan diurus oleh wakil dari bangsa sesuatu kawasan adalah tidak mustahil boleh mengurangkan kepercayaan penduduk setempat dengan BN, adalah tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memberi bantuan tanpa menunggu peruntukkan dari kerajaan pusat, dan ini akan menyebabkan penduduk yang dahagakan bantuan akan berpindah undi dengan sekelip mata.

Sunday, 28 July 2013

Summer Mall Samarahan tercemar?

 

Pasti anda tertanya apa maksud kami tercemar… andai anda tinggal sekitar Summer Mall  mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan, terus terang kami katakan bahawa Summer setiap malam akan di cemari dengan botol – botol arak yang kami pasti tidak ada dijual di dalam supermarket Survey, namun menurut perkerja yang membuat pembersihan pada minggu pertama pembukaan Summer hampir 1/2 guni penuh dengan botol arak setiap hari. Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tanggungjawab pegawal disana , namun setelah di tanya kepada para pengawal mereka mengatakan “kami pernah tegur mereka supaya membuang botol minuman keras tersebut ,namun tidak diperdulikan, bukan kami tak nak berkeras tapi mereka ramai dan andai kata mereka menyerang yang bersalah tetap kami sebab mereka berada dalam pengaruh alkohol.” Para pengawal berkata kebanyakkan mereka ada remaja yang besekolah dan juga menganggur.

Pihak pengawal berharap agar polis dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut sebelum Summer menjadi lebih tercemar dan menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi, pada masa yang sama kami juga terpanggil untuk bertanya tentang kenderaan yang terlalu banyak diletakkan dihadapan tangga utama ke pintu masuk Summer Mall tersebut, pihak pengawal respon “ dah berkali – kali di beri amaran namun tidak juga dipedulikan dengan alasan lebih senang untuk pergi membeli belah dan pulang”.. ditanya juga kepada para pelanggan respon mereka “ tempat letak kereta dibawah masih gelap terutama waktu malam dan pintu keluar masuk belum teratur”. pada pandangan kami, sebenar nya para pelanggan ini suka ambil mudah sahaja tanpa memperdulikan keadaan lalu lintas menjadi sesak.

Saturday, 29 June 2013

Summer Mall dibuka dengan meriah

29/06/2013 Summer Mall yang selama ini dalam pembinaan akhirnya telah dirasmikan..meskipun belum semua lot  kedai beroperasi , terutamanya Survey dan Parkwell , namun dengan pembukaan Big Aplle , Hari – hari dan beberapa buah lot kedai lain telah memeriahkan Mall tersebut, perasmian dimulakan dengan tarian singa yang pada pandangan kaum cina boleh membawa rezeki yang lebih baik begitu juga dengan pembakaraan mercun.

Summer yang dirasmikan pada hari ini adalah fasa pertama… fasa hotel , apartment dan water lagoon tetap diteruskan juga, ini jelas menunjukkan bahawa para pelabur telah sedar akan potensi kota samarahan untuk terus maju dan membangun… semoga banyak lagi Mall sebegini dibuka dan memberi lebih bnyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk kota samarahan khususnya.. selamat maju jaya SUMMER MALL, moga lepas ini ada syarikat lain pula yang sudi membina Autum Mall pula di Asajaya atau juga Muara Tuang seperti Bandar Riyal ..yang kelihat amat menarik pada lakaran nya..moga ia tidak menjadi indah gambar dari rupa.

Sunday, 9 June 2013

Casino online part2

 

salam sejahtera , kali nie nak update pasal casino online yang makin menular dan berkembang di samarahan, rata2 golongan yang berjudi ini terdiri daripada yang berpendapatan sederhana dan rendah..bila ditanya kenapa ..jawapan nya mudah je “ sebab nak tambah duit “… ada juga cakap “nie lebih mudah dari berjual makanan kat kaki lima”… pada admin nie semuanya ngarut.. namun bukan itu yang admin nak fokuskan .. yang menjadi buah cerita disini ialah adakah pusat perjudian online ini mendapat kelulusan pihak kerajaan dan Majlis daerah… kalau ya ..alamat makin banyaklah orang yang bakal menjadi penghutang kepada ALONG kerana ketagihan judi ini..dan semakin banyak jugalah duit PTPTN yang bakal dilaburkan oleh bakal graduan UNIMAS dan UITM

Monday, 6 May 2013

BN menang di Kota Samarahan. Cabaran tugasan pertama untuk Rubiah Wang?

 

Meskipun BN menang di kota samarahan ( kota ilmu utk Sarawak) , namun ada satu masalah yang bakal menjadi tugasan dan cabaran kepada wakil parlimen ini Rubiah Wang, mungkin  pembaca kata kalau setakat satu je macam makan kacang (senang je)… rakyat samarahan meminta Rubiah Wang menghapuskan perjudian online ( judi di internet lahhh), mampu kah tidak..kerana sebelum ini pernah juga tempat – tempat ini ditutup , namun tak sampai 1 bulan mereka beroperasi lagi di tempat dan lokasi yang sama, yang paling menarik adalah mereka sekarang beroperasi 24 jam..bagaimana Datuk Rubiah dapat ke hentikan tempat tu, tu yang online ..bagi judi yang tak ketara namun masih dikategorikan sebagai judi juga, iaitu judi meneka bola ping pong ( ala2 judi meneka yang dijalan oleh Ibrahim pendek dalam cerita Ali baba penyamun).

Friday, 19 April 2013

KUTHBAH KHAS PILIHAN RAYA


khutbah-jumaat http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/04/pilihanraya_sarawak13.gif
Semasa duduk mendengar Kuthbah Jumaat tadi di salah sebuah masjid milik kerajaan yang beberapa minggu dahulu milik Parti Barisan National, dalam kuthbah ada menyebut jangan membuka aib orang , kerana orang yang membuka aib orang akan di aibkan kelak di mashar, meskipun perbuatan nya memang salah dan berdosa , ingat lah bahawa Allah sentiasa menutup aib hamba nya , seperti dalam kisah ini :

Barisan atau PAS

Bendera Parti PAS telah lama berkibar di kawasan Kota Samarahan, bukan sekadar di hadapan pejabat gerakkan mereka malah turut di bulatan dan jalan jalan di seluruh Samarahan, Bendera Parti BN hingga ke hari artikel ni diterbitkan belum ada tanda bendera BN di naikkan , adakah kerana mereka yakin tanpa bendera dan sepanduk warga samarahan tetap akan memberi calon mereka Rubiah Wang untuk menang, kami berpendapat Rubiah Wang boleh menang meskipun kurang disenangi oleh penduduk Samarahan, namun kemenangan tersebut adalah kerana jasa pemimpin Barisan yang dahulu, secara umumnya andai Rubiah Wang bertanding sebagai Calon bebas , nyata dan pasti beliau akan hilang wang pertaruhan.

IMG_20130409_173403 IMG_20130409_173353

Mercu Kemajuan Samarahan

 
20111125101512_3D SummerMall Aerial View

Summer Shopping Mall yang di jangka siap dalam tahun ini membuat penduduk samarahan rasa gembira, kerana ini sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk samarahan, beberapa hari lalu admin ada nampak iklan jawatan kosong bookstore smart pula berdekatan dengan tapak pembinaan Summer ini, disamping itu Logo Big Apple juga sudah terpampang di pintu utama bangunan yang bakal memuatkan pasaraya Servey.

Wednesday, 17 April 2013

Rubiah Wang Wakil Samarahan

Rubiah Wang

Rubiah Wang

Rubiah Wang telah memberikan surat perletakan jawatan sebagai District Officer Asajaya berkuatkuasa 24 jam , beliau bebuat demikian kerana telah dicalon sebagai wakil Barisan National yang akan bertanding pada PRU 13 bagi parlimen Kota Samarahan bagi menggantikan sepupu beliau iaitu Datuk Suleiman Mahmud. Beliau juga dikatakan merupakan calon yang konon nya sangat prihatin kepada masyarakat  di Kota Samarahan, jika benar dakwaan itu semoga beliau dapat menghapus perjudian yang kian berleluasa di kota samarahan setelah beliau menang nanti.

Monday, 15 April 2013

Calon wanita tanding di Kota Samarahan?

 

KUCHING - Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan  dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

Abdul Taib Mahmud

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

Suara Ajaib : Dasar kami yang duduk atas pagar nie amat berharap agar Calon yang bakal menggantikan Dtuk Sulaiman Taib , juga berkaliber seperti beliau dan dapat memajukan lagi samarahan. Samarahan yang kini dalam arus kemajuan yang amat mendadak memang patut di pimpin oleh seorang calon yang mahu dipimpin untuk memimpin, dan kami amatlah berharap selepas pru 13 ini, pusat judi online yang amat banyak dikawasan samarahan dapat dibanteras sehingga tidak beroperasi lagi, bukan sekadar itu adalah diharapkan juga penjual arak secara terbuka turut dapat dibendung memandangkan Kota Samarahan adalah pusat Ilmu yang berpusat dan amat terancang pada pandangan kami, semoga impian kami untuk melihat kota samarahan lebih maju akan direalisasikan selepas PRU 13 INI.

Wednesday, 10 April 2013

Dato’ Sri Mahmud Abu Bekir Taib , bakal bertanding di Samarahan?

 

Dato-Sri-Mahmud-Abu-Bekir-Taib

Dia bakal betanding di kawasan Kota Samarahan, kalau betul lah beliau calon untuk PRU 13 , maka sah lah Taib Mahmud memang menjadikan Negeri Sarawak milik keluarga beliau , sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rajah Brooke satu masa dahulu, semoga kalau anak Tain yang ini bertanding harap beliau dapat melaksana tugas dengan jujur dan benar benar membantu rakyat, dan harap beliau yang bersongkok ini akan menutup semua pusat judi Online yang kini semakin banyak di samarahan  dan pelanggan adalah dikalangan bumiputera yang terlalu ingin menjadi jutawan segera, jika dia tidak boleh melakukannya harap lepaskan je lah kepada PAS untuk atasi masalah tersebut.