Abdul Karim Rahman Hamzah mempersilakan DAP untuk membuka cawangan di Samarahan dan Asajaya selepas DAP membuka cawangan di DUN Tupong yang bertujuan memberi bantuan dan menerima aduan daripada penduduk sekitar, pada pandangan kami yang kurang arif dalam bidang politik , tindakkan Datuk Abdul Karim ini sebenarnya adalah bahaya, meskipun peluang DAP hendak menang PRN –11 di kawasan Tupong mahu kawasan Asajaya dan Samarahan adalah kemungkinannya nipis, namun dengan pembukaan cawangan dan diurus oleh wakil dari bangsa sesuatu kawasan adalah tidak mustahil boleh mengurangkan kepercayaan penduduk setempat dengan BN, adalah tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memberi bantuan tanpa menunggu peruntukkan dari kerajaan pusat, dan ini akan menyebabkan penduduk yang dahagakan bantuan akan berpindah undi dengan sekelip mata.