Sindiket Black Money yang dipercayai telah beroperasi selama dua tahun ini dalam penghasilan wang palsu akhirnya tumpas setelah dua orang warga asing tertangkap hasil laporan daripada seorang ahli perniagaan Indonesia yang merasakan diri telah ditipu.
Bukanlah nak mempersoalkan kewibawaan dan kecekapan anggota polis kita, namun kenapa setelah dua tahun baru dapat dikesan dan ditangkap, bayangkan berapa banyak kerugian yang telah kita tanggung akibat pertukaran wang paslu ini dengan wang tulen negara kita, adakah selama tiada operasi dijalankan kerana tiada laporan atau kerana terlalu takut untuk tampil kehadapan untuk membuat aduan sehingga perkara ini sukar untuk disiasat . Andai kata tiada laporan diterima daripada ahli perniagaan Indonesia, mungkin perkara ini akan berlanjutan lebih lama lagi .