Pages

Wednesday 11 June 2014

Judi Online dan Judi Air Tin Samarahan tidak di Halang oleh Majlis Daerah, DUN dan Ahli Parlimen

 

Kota Samarahan: Bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa minggu saja lagi bakal menjadi meriah dengan bazaar Ramadhan dan kanopi berjualan kelengkapan untuk hari raya, disamping itu kedai judi teka air tin dan pingpong yang terletak dibawah pejabat cawangan PBB Kota Samarahan pasti akan membuat keuntung yang yang lebih berbanding dengan hari biasa. Pastinya pusat judi online lain yang bedekatan dengan IPG Tun Razak juga bakal meningkatkan pendapatan mereka dalam bulan Ramadhan nanti. Kenapa jadi begitu.. pasti ada yang mengatakan ini fitnah dari www.suaraajaib.com

Ini bukan fitnah atau kenak Hack , jika ada yang tidak percaya tunggu lah kemeriahan judi tersebut dalam bulan Ramadhan ini, jika anda sangka bahawa bukan orang Islam ya berjudi sila pergi di bawah pejabat PBB Kota Samarahan pada malam – malam biasa pun anda akan dapat menyaksikan org betudung dan berkopiah yang pergi meneka tin air tersebut, mungkin DUN dan Ahli Palimen Samarahan akan kata agama lain pun dah mula juga pakai selendang untuk tutup kepala dan berbaju melayu mcm org melayu, takpe lah kalau begitu anggap anda semua , itu membuktikan anda semua bersangka baik, kami juga jenis yang suka bersangka baik, judi sebegitu tidak dihalang meskipun berada di bawah pejabat anda mungkin kerana ia dapat membantu ekonomi Negara, diharapkan kedai dan pusat judi ini mengenakan GST kepada para pelanggan mereka bagi meningkatkan pembangunan negera.

Pada pandangan kami adalah lebih baik Majlis Daerah Samarahan dan pihak berkuasa memberi lesen pula kepada kedai ramalan nombor kerana pasti permintaannya tinggi dan mereka juga turut menyumbang kepada pelaburan rakyat kota Samarahan, dan pastinya para penjual result nombor ramalan pun mendapat faedah hasil daripada pemberian lesen itu.

p/s: harap bapa dan ibu menteri baca artikel ini, dan sedar bahawa kota samarahan telah brtukar dari pusat ilmu jadi pusat judi… arak pun dah mula mendapat perhatian terutama yang lepak di Summer

No comments:

Post a Comment