Pages

Monday 26 May 2014

Sarawak sasaran hinaan Warga Malaya

 

Sejak akhir – akhir ini kami banyak mendapat gambar dari media sosial dan chat seperti facebook dan whatapps wechat dan pelbagai lagi mengenai cikgu, pensyarah dan warga Malaya yang menghina negeri Sarawak dan rakyatnya dengan pelbagai tomahan dengan bahasa yang amat kasar dan terlalu mengaibkan, mungkin ada warga malaya yang membaca ni mengatakan memang patut pun. Kami ingin tahu apa yang di dengki dengan Sarawak, adakah kerana kami menuntut royalti minyak, atau kerana kami aman dan tidak banyak jenayah macam di Malaya.

Apa yang kami perasan adalah golongan guru dan pensyarah dari Malaya turut hilang profesionalnya apabila ditempatkan di Sarawak atau Sabah. sehingga lupa bahawa mereka pernah berjanji sanggup pergi kemana sahaja untuk mendidik anak rakyat Malaysia, mungkin dari Malaya beranggapan anak malaya, mungkin  ada yang marah dengan posting admin kali ini namun cuba lihat gambar berikut dan beri padangan anda.

Tuesday 20 May 2014

Guru belum dapat Netbook tapi dah dapat kutukkan

 

19. Mei 2014: kami menerima  gambar yang amat mendukacita para guru , seolah – olah jasa mereka tidak dikenang malah diperlekehkan dengan mengatakan bahawa kerja goyang kaki gaji 2 ribu hingga 5 ribu namun masih mengharap netbook.  pada kami guru di Malaysia layak mendapat netbook tersebut sebagai imbalan penat lelah mereka mendidik anak – anak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Screenshot_2014-05-19-19-46-41 IMG-20140519-WA0007

Kepada keyboard warrior Jordan Neal nie nanti kalau dah kecoh pasti dia akan guna alasan facebook dia kena hack, kami berharap pihak Jantung Negara Samarahan dapat membantu dalam perkara ini. meskipun kami bukan guru namun sebagai manusia yang pernah bergelar murid turut bersimpati dengan para guru atas hinaan jordan neal ini. pada kami netbook belum lagi diagih kenapa jordan dah kecoh , gaji M.A diploma pun sama dengan guru diploma. gaji ijazah pun sama , jika jordan neal berminat gaji besar kerja dengan swasta atau mulakan perniagaan.