Pages

Wednesday 11 June 2014

Judi Online dan Judi Air Tin Samarahan tidak di Halang oleh Majlis Daerah, DUN dan Ahli Parlimen

 

Kota Samarahan: Bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa minggu saja lagi bakal menjadi meriah dengan bazaar Ramadhan dan kanopi berjualan kelengkapan untuk hari raya, disamping itu kedai judi teka air tin dan pingpong yang terletak dibawah pejabat cawangan PBB Kota Samarahan pasti akan membuat keuntung yang yang lebih berbanding dengan hari biasa. Pastinya pusat judi online lain yang bedekatan dengan IPG Tun Razak juga bakal meningkatkan pendapatan mereka dalam bulan Ramadhan nanti. Kenapa jadi begitu.. pasti ada yang mengatakan ini fitnah dari www.suaraajaib.com

Monday 26 May 2014

Sarawak sasaran hinaan Warga Malaya

 

Sejak akhir – akhir ini kami banyak mendapat gambar dari media sosial dan chat seperti facebook dan whatapps wechat dan pelbagai lagi mengenai cikgu, pensyarah dan warga Malaya yang menghina negeri Sarawak dan rakyatnya dengan pelbagai tomahan dengan bahasa yang amat kasar dan terlalu mengaibkan, mungkin ada warga malaya yang membaca ni mengatakan memang patut pun. Kami ingin tahu apa yang di dengki dengan Sarawak, adakah kerana kami menuntut royalti minyak, atau kerana kami aman dan tidak banyak jenayah macam di Malaya.

Apa yang kami perasan adalah golongan guru dan pensyarah dari Malaya turut hilang profesionalnya apabila ditempatkan di Sarawak atau Sabah. sehingga lupa bahawa mereka pernah berjanji sanggup pergi kemana sahaja untuk mendidik anak rakyat Malaysia, mungkin dari Malaya beranggapan anak malaya, mungkin  ada yang marah dengan posting admin kali ini namun cuba lihat gambar berikut dan beri padangan anda.

Tuesday 20 May 2014

Guru belum dapat Netbook tapi dah dapat kutukkan

 

19. Mei 2014: kami menerima  gambar yang amat mendukacita para guru , seolah – olah jasa mereka tidak dikenang malah diperlekehkan dengan mengatakan bahawa kerja goyang kaki gaji 2 ribu hingga 5 ribu namun masih mengharap netbook.  pada kami guru di Malaysia layak mendapat netbook tersebut sebagai imbalan penat lelah mereka mendidik anak – anak rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Screenshot_2014-05-19-19-46-41 IMG-20140519-WA0007

Kepada keyboard warrior Jordan Neal nie nanti kalau dah kecoh pasti dia akan guna alasan facebook dia kena hack, kami berharap pihak Jantung Negara Samarahan dapat membantu dalam perkara ini. meskipun kami bukan guru namun sebagai manusia yang pernah bergelar murid turut bersimpati dengan para guru atas hinaan jordan neal ini. pada kami netbook belum lagi diagih kenapa jordan dah kecoh , gaji M.A diploma pun sama dengan guru diploma. gaji ijazah pun sama , jika jordan neal berminat gaji besar kerja dengan swasta atau mulakan perniagaan.

 

Friday 21 March 2014

Matematik SPM 2013 merosot, siasatan akan dijalankan.

 

Meskipun keputusan SPM 2013 yang diumumkan baru – baru ini meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya namun KPM tidak berpuas hati dengan keputusan matematik dan Kementerian Pendidikan akan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti punca penurunan prestasi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas dalam mata pelajaran Matematik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Katanya kajian itu akan meliputi peranan guru yang mengajar serta kandungan mata pelajaran berkenaan.“Kita ingin tahu kenapa pelajar itu lemah dan kalau perlu kita akan memberi lebih tumpuan lagi,”.

http://fuh.my/wp-content/uploads/2014/03/semak-keputusan-spm-2013.jpg http://bm.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2014/03/SPM_M_140320-300x180.jpg

Sunday 16 March 2014

Terpaksa datang ke Majlis bersama pemimpin

 

15.Mac.2014 merupakan hari bersejarah bagi warga SMK Asajaya 2, kerana telah mendapat kunjungan rasmi daripada Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Muhyiddin Yassin yang datang untuk merasmikan sekolah tersbut. Ketibaan Datuk Muhyiddin Yassin dengan helikopter disambut dengan tepukkan meriah disetai dengan lagu IM4U. Sempena majlis tersebut semua guru dan penduduk sekitar diwajibkan hadir,

http://www.scib.com.my/images/project_profile/SMK_Asajaya/smk_asajaya_2.jpg http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/05/Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin1.jpg

Harapan Punah di Stadium Negeri Sarawak

 

Jurulatih dan pengurus pasukan Lions XII semalam(15/3/2014) hampa apabila dibaham Buaya Sarawak 3-1 dalam suasana hujan di stadium Ngeri Sarawak, Pasukan Lions sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak mahu kedatang mereka untuk sekadar seri atau kalah, harapan mereka datang adalah untuk meraih kemenangan dan mengutip mata penuh.

Wednesday 12 March 2014

Wan Azizah Vs Datin Paduka Chew Mei Fun

Walaupun anwar Ibrahim berjaya disumbat semula dalam penjara untuk tempoh 5 tahun lagi , namun semangat juang sri kandi PR tidak pernah luntur dan menawarkan diri untuk bertanding menentang wakil BN iaitu Chew Mei Fun. Ramai mengatakan bahawa pertandingan 1 lawan 1 ini pasti sengit , dan bak buku bertemu ruas. Presiden MCA pula mengatakan yakin transformasi kepimpinan parti itu dan karektor Chew yang berkaliber dan berintegriti mampu membantu BN meraih sokongan lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mei Fun lawan Wan Azizah di Kajang
www.beritaharian.com.my