Pages

Monday 22 April 2013

Wakil PAS Kota Samarahan

Penamaan Calon 20/04/2013 Calon PAS P197 Kota Samarahan

Sejuk mata memandang kehijuan PAS sewaktu hari penamaan calon di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan , moga satu sinar baru dan harapan baru akan bermula di samarahan, moga dengan kedatangan PAS perjudian online dan perjudian lain juga turut dihapuskan.

Tan Sri Muhyidin Yassin sampai info yang salah

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua Barisan Nasional (BN) itu terbukti bohong. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

“Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Johor.

“Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan,” lapor TV3.

Sunday 21 April 2013

Penyokong setia di layan macam haiwan

Suasana hari penamaan calon di Tanah Merah...berebut air.. .rakyat tu manusia kenapa boleh dilakukan sebegini , kami rasa BN tak yakin menang di Tanah Merah sebab tu lah sanggup layan manusia mcm binatang, kerana mereka rasa yang datang tu mcm manapun tetap akan undi PAS… jadi kita harap PARTI lain tidak akan berbuat demikan. Kepada penyokong BN kalau dah tengok nie kita sama – sama fikir lah ya.

Saturday 20 April 2013

Penamaan Calon PRU 13

http://1.bp.blogspot.com/-Ako0tZ5CBrM/TZwTV-WfCsI/AAAAAAAAAEY/wURgZn4GDfs/s1600/hari+penamaan+calon+%25282%2529.JPGhttp://maidoali.files.wordpress.com/2011/01/2.png?w=652

Sekadar Gambar hiasan

20 APRIL 2013, hari ini bermula penamaan calon yang bakal bertanding bagi PRU 13 yang akan di adakan pada 5 May 2013 In Sya Allah, setiap parti telah menyenaraikan nama ahli yang bakal bertanding di seluruh Malaysia, namun ada juga yang mungkin menang tanpa bertanding….. setakat senarai terkini nampaknya Pahang banyak yang bakal memang tanpa bertanding untuk Parlimen, ada juga lawan tiga penjuru , dan nampaknya parti Bebas yang menyebabkn lawan 3 penjuru, apa motifnya… biasanya kalau menang mereka akan lompat parti yang menang besar, calon dari parti Bebas  biasanya merupakan kambing hitam yang berperanan memecahkan undi, dan biasanya di biaya oleh Parti – parti  Besar yang betanding,

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU4PNvlZa6CQCQa8Dm1h01k7vGlUI2u6eaWUEe8cIj6EecCWcg68MhcIENvq4jSyZP5ChzSLsDLKOgghGpWA6_8Bt41F9E9EKAj2bww6Tj5uCNdKH2On4M9SoqZEPfpJ-PiJJWJnoMiMI/s240/pas-dap.gif

source : http://www.facebook.com/nikaziz?hc_location=stream

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Datuk Taib pasti akan sambut cabaran demi membuktikan kebenaran.

'Global Witness terima cabaran Taib untuk debat terbuka'

Taib Mahmud: Menghadapi empat syarat- syarat Global Witness. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 19 April — Global Witness menerima cabaran Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk debat secara terbuka dalam isu tuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai oleh kumpulan aktivis tersebut yang ditunjukkan dalam video “Inside Malaysia’s Shadow State” dikeluarkan bulan lepas.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Global Witness mengatakan mereka menerima jemputan daripada ketua menteri Sarawak yang dibuat melalui televisyen atas talian The Malaysian Observer awal bulan ini.

“Dalam wawancara bersama program “Let’s Talk” di The Malaysian Observer, kamu mencabar Global Witness untuk berdebat mengenai pertuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai dalam filem “Inside Malaysia’s Shadow State”.

“Kami menulis untuk menerima jemputan kamu,” kata Global Witness dalam satu surat yang turut dihantar kepada The Malaysian Insider menjelang hari penamaan calon untuk pilihan raya 5 Mei ini.

Kumpulan tersebut turut mengirimkan dokumen sebagai respon kepada komen yang dibuat Taib mengenai penyelidikan mereka tentang kesalahan dalam perdagangan kayu Sarawak.

“Lampiran kepada surat ini adalah satu taklimat ringkas menggariskan kenyataan anda dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Awang Tengah yang bertujuan menggambarkan industri kayu Sarawak dan perladangan adalah mapan, dan jawapan Global Witness ‘kepada dakwaan tersebut’.

“Seperti yang anda akan lihat, sumber kami termasuk analisis terbaru imej satelit, maklumat umum dari Jabatan Hutan Sarawak, penilaian kesan alam sekitar yang lengkap untuk syarikat perhutanan Sarawak dan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa, yang anda sendiri kerap sebut,” kata kumpulan itu.

Global Witness juga memberi empat syarat-syarat kepada Ketua Menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu untuk memastikan perdebatan “telus dan terbuka”.

Syarat-syaratnya adalah:

* Jaminan dari Sarawak dan kerajaan Malaysia pekerja Global Witness akan selamat masuk dan keluar negara dan dari negeri Sarawak, debat disiarkan secara langsung dalam Internet dan di hoskan oleh seorang yang tidak berpihak dan profesional, dihadapan hadirin yang tidak berpihak, termasuk anggota badan bukan kerajaan Malaysia yang mahu hadir;

*Memberikan pendedahan penuh sebarang ahli lembaga pengarah atau pemegang kepentingan saham yang anda atau dipegang oleh ahli keluarga anda - termasuk melalui orang dinamakan — dalam syarikat-syarikat yang memegang lesen kayu dan perladangan, dan hak milik tanah di Sarawak. Ini termasuk menyatakan keadaan di mana Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar membuat keputusan untuk mengarahkan Jabatan Perhutanan Sarawak dan/atau Tanah Sarawak & Ukur untuk mengeluarkan lesen dan hak milik tanah;

* Memberikan pendedahan penuh aset dalam bidang kuasa luar pesisir yang anda dan/atau keluarga anda adalah pemilik atau penerima manfaat;

* Memberikan pendedahan penuh mana-mana kes-kes undang-undang atau urusan kewangan yang melibatkan peguam Alvin Chong yang bertindak bagi pihak anda atau kepentingan Kerajaan Sarawak.

Global Witness tidak memberikan tempoh masa untuk perdebatan, tetapi berkata, “kami tidak sabar-sabar untuk mendengar daripada anda tidak lama lagi” dalam surat kepada Taib.

Dalam wawancaranya, ketua menteri itu menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu dengan “cara menyelinap” dan mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.

“Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan antara mereka dan pembangkang,” kata Ketua Menteri Sarawak itu menyatakan pengeluaran video menunjukkan bagaimana rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

Tuduhan Global Witness terhadapnya juga disebabkan oleh maklumat terpakai diperolehi dari Bruno Manser Fund (BMF), tambah Taib.

Taib Mahmud: Menghadapi empat syarat- syarat Global Witness. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 19 April — Global Witness menerima cabaran Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk debat secara terbuka dalam isu tuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai oleh kumpulan aktivis tersebut yang ditunjukkan dalam video “Inside Malaysia’s Shadow State” dikeluarkan bulan lepas.
Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini, Global Witness mengatakan mereka menerima jemputan daripada ketua menteri Sarawak yang dibuat melalui televisyen atas talian The Malaysian Observer awal bulan ini.
“Dalam wawancara bersama program “Let’s Talk” di The Malaysian Observer, kamu mencabar Global Witness untuk berdebat mengenai pertuduhan rasuah, rampasan tanah dan penipuan cukai dalam filem “Inside Malaysia’s Shadow State”.
“Kami menulis untuk menerima jemputan kamu,” kata Global Witness dalam satu surat yang turut dihantar kepada The Malaysian Insider menjelang hari penamaan calon untuk pilihan raya 5 Mei ini.

Kumpulan tersebut turut mengirimkan dokumen sebagai respon kepada komen yang dibuat Taib mengenai penyelidikan mereka tentang kesalahan dalam perdagangan kayu Sarawak.
“Lampiran kepada surat ini adalah satu taklimat ringkas menggariskan kenyataan anda dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Awang Tengah yang bertujuan menggambarkan industri kayu Sarawak dan perladangan adalah mapan, dan jawapan Global Witness ‘kepada dakwaan tersebut’.
“Seperti yang anda akan lihat, sumber kami termasuk analisis terbaru imej satelit, maklumat umum dari Jabatan Hutan Sarawak, penilaian kesan alam sekitar yang lengkap untuk syarikat perhutanan Sarawak dan Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa, yang anda sendiri kerap sebut,” kata kumpulan itu.
Global Witness juga memberi empat syarat-syarat kepada Ketua Menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu untuk memastikan perdebatan “telus dan terbuka”.
Syarat-syaratnya adalah:

Friday 19 April 2013

KUTHBAH KHAS PILIHAN RAYA

khutbah-jumaat http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/04/pilihanraya_sarawak13.gif
Semasa duduk mendengar Kuthbah Jumaat tadi di salah sebuah masjid milik kerajaan yang beberapa minggu dahulu milik Parti Barisan National, dalam kuthbah ada menyebut jangan membuka aib orang , kerana orang yang membuka aib orang akan di aibkan kelak di mashar, meskipun perbuatan nya memang salah dan berdosa , ingat lah bahawa Allah sentiasa menutup aib hamba nya , seperti dalam kisah ini :

Barisan atau PAS

Bendera Parti PAS telah lama berkibar di kawasan Kota Samarahan, bukan sekadar di hadapan pejabat gerakkan mereka malah turut di bulatan dan jalan jalan di seluruh Samarahan, Bendera Parti BN hingga ke hari artikel ni diterbitkan belum ada tanda bendera BN di naikkan , adakah kerana mereka yakin tanpa bendera dan sepanduk warga samarahan tetap akan memberi calon mereka Rubiah Wang untuk menang, kami berpendapat Rubiah Wang boleh menang meskipun kurang disenangi oleh penduduk Samarahan, namun kemenangan tersebut adalah kerana jasa pemimpin Barisan yang dahulu, secara umumnya andai Rubiah Wang bertanding sebagai Calon bebas , nyata dan pasti beliau akan hilang wang pertaruhan.

IMG_20130409_173403 IMG_20130409_173353

Mercu Kemajuan Samarahan

20111125101512_3D SummerMall Aerial View

Summer Shopping Mall yang di jangka siap dalam tahun ini membuat penduduk samarahan rasa gembira, kerana ini sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk samarahan, beberapa hari lalu admin ada nampak iklan jawatan kosong bookstore smart pula berdekatan dengan tapak pembinaan Summer ini, disamping itu Logo Big Apple juga sudah terpampang di pintu utama bangunan yang bakal memuatkan pasaraya Servey.

Wednesday 17 April 2013

Rubiah Wang Wakil Samarahan

Rubiah Wang

Rubiah Wang

Rubiah Wang telah memberikan surat perletakan jawatan sebagai District Officer Asajaya berkuatkuasa 24 jam , beliau bebuat demikian kerana telah dicalon sebagai wakil Barisan National yang akan bertanding pada PRU 13 bagi parlimen Kota Samarahan bagi menggantikan sepupu beliau iaitu Datuk Suleiman Mahmud. Beliau juga dikatakan merupakan calon yang konon nya sangat prihatin kepada masyarakat  di Kota Samarahan, jika benar dakwaan itu semoga beliau dapat menghapus perjudian yang kian berleluasa di kota samarahan setelah beliau menang nanti.

Tuesday 16 April 2013

VIdeo lucah , dan politik

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/554856_487927754594416_597687010_n.jpg

Scandal sex, porno,  dan sewaktu dengan nya telah sebati dalam politik mana – mana negera didunia ini demi menjatuhkan kerjaya politik seseorang, kaedah ini pernah diguna untuk menjatuh Bill Clinton ( bukan nak sokong dia yeee) , dah sekarang cara ini semakin menular di dalam negara kita Malaysia yang dikenali sebagai salah satu negara Islam contoh, kenapa ini harus terjadi, sedang kita yang berpegang kepada perundangan Islam tahu hukum dan akibat fitnah , andai benar sekalipun, adakah wajib untuk kita mengaibkan seseorang itu, kerana kita tidak pernah tahu sama ada mereka itu benar salah atau tidak selagi tidak didatang  4 saksi yang benar, andai ini berterusan  kami di Suara Ajaib risau dan takut negara kita yang contoh kepada negara Islam lain akan diturunkan lagi bala oleh Allah, maka pesanan kami sepanjang sesi berkempen ini kampenlah dengan cara yang bersih, aman  , harmoni. Janganlah kata maki , hinaan, kutukkan dan apa saja yang tidak elok keluar dari mulut calon2 yang bertanding…. kempenlah dengan janji yang pasti dilaksanakan sama ada kalah atau menang, kerana janji kita boleh dituntut diakhirat.

Monday 15 April 2013

Calon wanita tanding di Kota Samarahan?

KUCHING - Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan  dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

Abdul Taib Mahmud

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

Suara Ajaib : Dasar kami yang duduk atas pagar nie amat berharap agar Calon yang bakal menggantikan Dtuk Sulaiman Taib , juga berkaliber seperti beliau dan dapat memajukan lagi samarahan. Samarahan yang kini dalam arus kemajuan yang amat mendadak memang patut di pimpin oleh seorang calon yang mahu dipimpin untuk memimpin, dan kami amatlah berharap selepas pru 13 ini, pusat judi online yang amat banyak dikawasan samarahan dapat dibanteras sehingga tidak beroperasi lagi, bukan sekadar itu adalah diharapkan juga penjual arak secara terbuka turut dapat dibendung memandangkan Kota Samarahan adalah pusat Ilmu yang berpusat dan amat terancang pada pandangan kami, semoga impian kami untuk melihat kota samarahan lebih maju akan direalisasikan selepas PRU 13 INI.

Thursday 11 April 2013

PETANDA NEGERA DIAMBANG KEHANCURAN OLEH PARTI BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvOQCmUXuFReXGW1vnwQ9oJdhOuIl80XWiPuLZFjax_kpzAmC6pghV1gyJgJRKE2NUUmRqaSdbIWfncv8piWY4O2VMY9PB2HoKbqlwBe_QlIpNs81P0K8LUxitWl5TPUsvyHOqQwEGLPM/s1600/CARTOONKIN-TAIB-22-MAC-2013-640x360.jpeg

http://suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Ketika Tan Sri Taib Mahmud melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "nakal" dan "tidak jujur", Transparency International-Malaysia (TI-M) mengingatkan ketua menteri Sarawak itu bahawa dipilih dalam pilihan raya tidak semesti membuatkannya tergolong dalam "kelas istimewa"

NONE

http://gumbangamas.blogspot.com

Presiden TI-M Paul Low (kanan) berkata, oleh kerana Taib dipilih oleh rakyat, beliau patut menghormati dan menjunjung kedaulatan undang-undang pada setiap masa.

"Kita tahu beliau dipilih oleh rakyat. Tetapi ini tidak bermakna beliau tergolong dalam kelas istimewa (yang tidak boleh disiasat).
"Sebaliknya, oleh kerana dipilih rakyat, rakyat mahukan kamu lakukan perkara yang betul dengan menghormati dan menjulang kedaulatan undang-undang pada setiap masa," katanya kepada Malaysiakini.
Low mengulas sikap keras Taib pada SPRM awal minggu lalu, termasuk keengganannya memberikan kerjasama terhadap suruhanjaya antirasuah itu.

Namun sehingga kini DS Najib dan para Ahli Barisan National hanya mampu berdiam diri , apakah ini bermaksud bahawa SPRM akan dimansuhkan demi menjaga kepentingan Taib Mahmud dan ahli keluarga, harap harap apabila kerajaan baru selepas PRU 13 nanti ditubuhkan adalah diharapkan kerajaan tersebut dapat menjadikan SPRM satu badan yang betul betul bebas dan berkuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa kerenah birokrasi.

P/s :kepada rakyat malaysia mari kita berdoa bahawa kerajaan baru nanti akan lebih telus dan jujur

Hukuman setmpal

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan empat kali sebatan kerana merompak, mencabul dan memaksa seorang penumpang wanita melakukan seks oral bersamanya dua tahun lalu.

http://www.andikafm.com/images/news/real/Anak_Smu_Di_perkosa3.jpg

Gambar Hiasan

Hakim Mahkamah Sesyen, Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes keraguan yang munasabah.

M. Saravanan, 30, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan kerana memaksa seorang wanita berusia 31 tahun untuk melakukan seks oral bersamanya.

Dia dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan diperintahkan menerima satu sebatan atas kesalahan mencabul kehormatan wanita itu dengan melakukan cumbuan ke buah dadanya.

Saravanan juga dijatuhi hukuman penjara 7 tahun bagi kesalahan merompak telefon bimbit Blackberry wanita itu dan wang tunai kira-kira RM500 dengan menggunakan parang.

Peguamnya membuat rayuan agar hukuman dikurangkan kerana anak guamnya hanya menerima pendidikan sehingga tujuh tahun, datang dari keluarga yang miskin dan bapanya seorang mekanik.

Timbalan Pendakwa Raya. Tan Gin Han berkata, mangsa adalah tunggal dan kejadian tersebut telah memberi kesan psikologi yang akan menjejaskan kehidupan mangsa di masa depan.

Tan berkata Saravanan sepatutnya menghantar penumpangnya ke destinasi mereka dengan selamat tetapi telah mengambil peluang ini untuk menyakiti dan merompak mangsa.

Beliau berkata pendidikan hanya tujuh tahun Saravanan bukanlah alasan yang baik kerana ia sudah mencukupi untuk mengajar dia agar tidak melakukan kesalahan itu.

Hakim, Hasbi berkata beliau bersetuju dengan Tan kerana Saravanan merupakan seorang pemandu teksi dan kesalahan itu akan menjejaskan imej negara, terutama industri pelancongan.

Beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak.

PS : orang macam ini sepatutnya hukuman penjara dijalankan secara berasingan saupaya dia serik .

Shahrizat tak tanding Pilihan Raya Umum Ke-13

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/03/SHAHRIZAT-NFC-2.jpg

Kuala Lumpur: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam sekali lagi menegaskan pendiriannya tidak mahu dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). ,

Kenyataan lucu, beliau sebenar takut kalah lebih teruk kali ini, dan berharap walaupun tak betanding masih juga jadi menteri , tak adil bagi rakyat orang yang kalah masih menjadi menteri, lepas ni mesti yang tak bertanding akan tetap boleh menjadi menteri ataupun sekurang kurangnya timbalan . sah dah rakyat Malaysia pada PRU ke 13 ini akan menyaksikan satu lagi pembohongan oleh Parti BN setelah mereka menang.

Wednesday 10 April 2013

Dato’ Sri Mahmud Abu Bekir Taib , bakal bertanding di Samarahan?

Dato-Sri-Mahmud-Abu-Bekir-Taib

Dia bakal betanding di kawasan Kota Samarahan, kalau betul lah beliau calon untuk PRU 13 , maka sah lah Taib Mahmud memang menjadikan Negeri Sarawak milik keluarga beliau , sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rajah Brooke satu masa dahulu, semoga kalau anak Tain yang ini bertanding harap beliau dapat melaksana tugas dengan jujur dan benar benar membantu rakyat, dan harap beliau yang bersongkok ini akan menutup semua pusat judi Online yang kini semakin banyak di samarahan  dan pelanggan adalah dikalangan bumiputera yang terlalu ingin menjadi jutawan segera, jika dia tidak boleh melakukannya harap lepaskan je lah kepada PAS untuk atasi masalah tersebut.

Siapa penipu

http://kerjasambilaninternet.files.wordpress.com/2012/12/bn-tipu.jpg?w=200&h=200

BN mendakwa bahawa PR, PAS dan DAP telah menipu rakyat dikawasan yang di kuasai oleh PArti Pembangang tersebut, walhal BN tidak pernah mahu menceritakan perkara sebenar, kerana takut hilang undi le, parti pembangkang bukan nya tak mampu nak kotakan janji kepada rakyat, masalahnya peruntukkan bagi negeri2 dibawah pembangkang ada lebih kecil daripada negeri yang diperintah oleh BN. beberapa hari lepas saya terbaca lagi parti BN kata selangor masalah air kritikal, bagaimana pula dengan kawasan Pahang ditadbir oleh BN, lagi kerap masalah kurang air, sabah pula masalh eletrik sehingga SESB 80% di ambil alih oleh kroni BN dari semenanjung dan hanya 20% untuk kerajaan Negeri Sabah,kesian juga dgn sabah mcam macam UMNO buat penipuan kat sana, tapi tak kecoh , sebab apa , sebab kroni le.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsbaJLuIiEx9SL3IflwoigLJz9-dLuGzrlNV6GQaJzoIRqDlQp1AFeyWE3aoq-_njoNWJmtX-ExWTTTPd9FWmwlX5a8EXOrB2pP6wzNiHDmUvnuuDCKl8XDKlLOS79Gp9F0SKvT1tHr68/s1600/529493_344228485657545_1038361575_n.jpg

cuba bayangkan perkara dlm gambar ini , kroni terus kaya, rakyat sengsara, jom ramai2 kita buat perubahan untuk kesejahteraan masa hadapan.

Berpindah kawasan perkara biasa – Mohd Sabu

KUALA LUMPUR: PAS bukan sahaja yakin akan terus kekal mentadbir negeri Kedah malah akan menang di beberapa buah negeri utara pada PRU13 ini, sekiranya tidak ada apa-apa masalah besar yang berlaku.
Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, PAS telah membuktikan prestasi yang bagus walaupun baru satu penggal mentadbir.

"Kita akan tawan semua negeri utara termasuk Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Negeri ini akan berada di bawah Pakatan Rakyat dalam PRU ini," katanya dalam sidang media di Pusat Media PAS, di sini.
Mohammad yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pendang, Kedah dalam pilihan raya ini.

Percalonan beliau kali ini merupakan kali kelapan, dan baginya berpindah-pindah kawasan merupakan perkara biasa.
"Ini menunjukkan bahawa ahli dan penyokong boleh terima di mana-mana sahaja kita bertanding," katanya.
Malah beliau mengakui kariernya politiknya lebih baik walaupun beliau beberapa kali kalah dalam PRU.
PRU 2008, Mohammad bertanding di Parlimen Kuala Terengganu menentang calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan calon Bebas Maimun Yusuf.

Dalam pada itu, Datuk Mahfuz Omar pula yakin akan terus mempertahankan kerusi Pokok Sena yang disandangnya sejak 1996.
Beliau mendapat maklumat bahawa ada usaha untuk menewaskan beliau dengan memberi penajaan RM5 di Pokok Sena.
"Kami tidak ada apa-apa untuk hadapi, kami cuma ada air liur dan saya yakin sokongan rakyat untuk PAS kekal di Kedah dan sumbang kepada Putrajaya," katanya.

Mahfuz juga yakin 15 kerusi Parlimen daripada Pakatan Rakyat di Kedah akan menyumbang kepada misi menawan Putrajaya.
Beliau turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menerima mandat daripada pengundi-pengundi di Pokok Sena dalam PRU ini.
Dalam PRU 2008 Mahfuz menang majoriti 5,731 undi di Pokok Sena melawan calon BN Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

P/s: BN dan UMNO terlalu bermain di zon selesa sehingga tidak berani nak pindah kawasan , sebab mereka takut kalah jika cuba tempat baru.

Pemimpin PERKASA Pro umNO Hina Agama Lain

Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Saksikanlah bagaimana bebasnya pemimpin PERKASA pro umNO menghina agama lain!!

P/s : Kenapa dia boleh hina ?, sebab dia UMNO, kalau PR, DAP dan PAS mesti kena tangkap atau ke kutuk punya ..hehehhe

Tuesday 9 April 2013

Bekas Pegawai Tentera Diingatkan tak langgar bai’ah

Diingatkan tak langgar bai’ah
Ahmad Zahid (kiri) pada majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Tawau di Kem Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7-RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota Tawau, semalam. - Foto A Samad Manaf
Tawau: Bekas pegawai kanan tentera yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mewakili pembangkang, diingatkan tidak melanggar bai’ah kepada Yang di-Pertuan Agong semata-mata meraih kepentingan politik.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata janji taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong bagi setiap pegawai kanan tentera perlu kekal sama ada ketika dalam perkhidmatan atau selepas bersara.
Sambil mempersoalkan motif bekas pegawai kanan terbabit termasuk berpangkat Jeneral yang mempersoalkan usaha pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara, Ahmad Zahid menegaskan, mereka tidak sepatutnya menjadikan jawatan terdahulu dalam tentera sebagai landasan mengejar cita-cita politik.
“Kita tidak mempunyai masalah jika mereka nak bertanding pada PRU-13 atas tiket parti pembangkang, namun tidak boleh melanggar bai’ah dilafazkan. Mereka tidak boleh jual maklumat (rahsia pertahanan negara) demi kepentingan politik.
Tiada kompromi
“Selain itu, kita tidak berkompromi jika ada pihak menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kekuatan pertahanan negara, aset serta strategi ketenteraan dijalankan sekarang atau ketika mereka masih bertugas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Tawau di Kem Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7-RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota dekat sini, semalam.
Setakat ini, lima bekas pegawai kanan ATM iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein; Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid; Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab dan bekas Pengarah Kor Agama ATM (KAGAT), Datuk Najmi Ahmad dilaporkan akan mewakili pembangkang pada PRU-13.
Md Hashim diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru manakala Najmi dicalonkan PAS bertanding di Parlimen Baling.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sekiranya bekas pegawai kanan ATM itu jujur membela nasib anggota tentera, mereka sepatutnya berbuat demikian ketika dalam perkhidmatan dan bukan apabila berada di pentas pembangkang.
“Kenapa mereka tidak melakukannya (membela nasib tentera) ketika masih berkhidmat apabila kuasa (memegang jawatan penting) di tangan mereka. Jangan salahkan orang lain, tetapi diri sendiri.
“Saya fikir eloklah mereka yang menawarkan diri (bertanding PRU-13) ditolak supaya rakyat tahu mereka tidak lagi relevan dalam situasi sekarang,” katanya.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , kalau dah kata tidak ada masalah kalau bekas tentera bertanding atas tiket Parti Pembangkang , kenapa nak bagi amaran macam macam, ada apa yang hendak di selindungkan, biar lah mereka berkempen dengan tenang dan menyatakan apa yang patut rakyat tahu, jika rasa mereka meyampaikan benda yang palsu dan bohong , maka eloklah di adakan debat perdana secara lansung, sebab debat terbuka adalah terbaik bagi rakyat tahu perkara terjadi dan mempertimbangkan dengan akal waras kurniaan Illahi, jangan dok asyik nak ugut rakyat , jika BN kalah konon Negara akan tergadai, kami yakin le bahawa tiada seorang pun pemimpin dari pakatan rakyat yang sanggup melihat Malaysia muflis atau pun tergadai, harap semua ahli politik sedia maklum dengan apa yang cuba kami sampaikan.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat PRU) ke 13. Harga Minyak Turun, Tol Hapus, Harga Kereta Turun, Pendidikan Percuma (Hapus PTPTN) & 150,000 Rumah Mampu Milik!

Manifesto PR Pilihanraya 2013

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun

• Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak.
• Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak.
• Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat
• Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia
• Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah

• Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri.
• Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik.
• Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi
• Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun

• Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus.
• Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan.
• Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol

• Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
• Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi.
• Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli

• Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka.
• Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini.
• Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula.
• Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000

• Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian.
• Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.

Untuk mengurangkan bebanan rakyat dan meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat, Pakatan Rakyat akan merombak dasar automotif seperti berikut:

• Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta.
• Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing.
• Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat.
• Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES

• Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan.
• Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.

Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN

Pendidikan adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan.Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak pendidikan percuma kepada rakyat kerana ia mampu dilaksanakan.

• Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
• Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
• Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan
• pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya.
• Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian.
• PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
• PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.
• Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar
• dijaga.

Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik

manifesto prHarga rumah yang melambung terutamanya di kawasan bandar-bandar utama menyebabkan semakin ramai rakyat dari pelbagai golongan tidak lagi mampu memiliki rumah.

Ini disebabkan manipulasi pasaran hartanah akibat undang-undangyang berpihak kepada pihak pemaju. Pakatan Rakyat akan menggerakkan program perumahan selesa dan mampu milik secara besar-besaran untuk mencapai matlamat satu rumah setiap satu keluarga

• 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.
• Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.
• PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas.
• Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.

p/s : BN tiru manifesto PR atau sebaliknya, apa – apa pun kita rakyat nie sebenarnya menonton persembahan politik negara kita, hehehe undi ke tak ke sama je sebenarnya , kita tetap ke kelentong, harap2 lah lepas nie dapat pemimpin dan wakil rakyat yang jujur dan bekerja demi Akhirat…..

Monday 8 April 2013

UMNO SALAHGUNA 3 KENDERAAN JABATAN PENERANGAN,PENGANJUR UMNO MAHU PUKUL WARTAWAN!!

Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.
Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.
Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?
Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.
Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?
Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."
Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

wahai Pro BN nak kata apa sekarang, harap hangpa dapat beri penjelasan ye

BANNER PROVOKASI KAUM DAN AGAMA DITURUNKAN!!!

Dilaporkan oleh www.lianglahad.blogspot.com  : pembersihan banner-banner yang dilakukan oleh jentera PAS Seksyen 25,Shah Alam, banner ini juga bukan dipasang oleh pihak PAS,tetapi dipasang oleh pihak BN yang bertujuan untuk memecah belah perpaduan dalam parti PR.

Dan banner ini kemudiannya diturunkan oleh jentera PAS Seksyen 25 (Taman Sri Muda)

Banner yang ini juga diturunkan..

Pakatan Rakyat Selangor juga sudah mengeluarkan arahan supaya semua penyokong Pakatan Rakyat menurunkan banner-banner provokasi ini sekiranya banner-banner ini dipasang di kawasan masing-masing..
Sekiranya ada baju parti,pakailah baju parti sewaktu menurunkan banner provokasi tersebut sebagai makluman bahawa banner ini bukan dari Pakatan Rakyat dan ianya juga sebagai isyarat kepada pihak Polis agar tidak bermain dengan provokasi seperti ini memandangkan hasil maklumat yang diterima pihak SB Polis juga terlibat secara langsung dalam provokasi ini..
Hari ini kita turunkan banner mereka..
hari mengundi nanti kita turunkan mereka dari takhta bangsawan dengan undian kita..

SEBAB TUMBANGKAN BN

Hutang negara Malaysia 2013 ialah RM 547.79 bilion.

Lima tahun  Najib sebagai PM  telah membuat hutang lebih banyak dari kesemu 5 PM terdahulu. Hebat hebat. 2 tahun terakhir ini sahaja,  Najib telah  buat hutang RM 100 bilion. Woooo. Hidup Rosmah.

Tetapi Najib amat pemurah kerana:

Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan

Rakyat Malaysia syok dapat RM 500. Tajudin syok dapat RM 589 juta!!!!

Hanya satu sebab untuk tumbangkan BN!!!!
Jika dibiarkan BN terus memerintah, hutang negara dijangka pada 2020 iaiah 1.21 trilion!!!!
Wooooo.

Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.

Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.

kutipan daripada  http://bm.harakahdaily.net

p/s : nie lah yang dinama penipuan pihak media, cubalah beri peluang yang sama rata, debat tu yang paling penting.

apa2 pun BN dan parti Pakatan Rakyat nie berlakon le dalam media , lepas sidang parlimen ,hari raya duduk juga sama – sama gelak, pikir  untung masuk, yang gaduh – gaduh pasal parti itu dan ini cuma kita rakyat je..semua hal politik nie lakonan je, pembangkang dengan BN sebenarnya dia orang nie tetap kawan , ada projek sama sama juga makan, kalau tak mcm mana PR nak dapat dana untuk parti mereka, dan bagaimana nak carik makan kalau tak rapat dengan BN yang kawal semua urusan kewangan negara, renung dan fikirkan, so siapa jua yang kita undi kita tetap menyaksikan lakonan dunia politik, moga Allah memelihara kita daripada ditipu dan dibohongi oleh dunia politik yang hampir tersasar daripada landasanNya.

BN Jenis Yang Tak Tahu Malu Dan Tak 'Gentlement'

KUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara pimpinan PARTI Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.

Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran  manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.

Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.

Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM. (WAHAI RAIS YATIM INGAT LAH YANG TIDAK ADIL DI DUNIA AKAN KENA HISAB DLM KUBUR YANG TIADA PUTAR BELITNYA)

aku janji bn lie to me“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.

“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi. (DR. MASZLEE MALIK , HATI2 , takut lepas PRU13 ni nanti , Hang hilang kerja, tapi baguslah hang jujur macam kita org juga)

Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.

“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,

“Nak bercakap sejam, cakaplah. Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.

Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.

“Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.

“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee.

maklumat dipinjam daripada : http://gumbangamas.blogspot.com/ , kami cuma pinjam utk olahan je

Sunday 7 April 2013

AKU JANJI BN JIKA TERUS DIBERI MANDAT TADBIR NEGARA SELEPAS PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai arah tuju & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kiraan ekonomi yang berhati-hati dan tidak sembarangan.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. ( DATANG DARI  MANA DUIT, KAKI TANGAN KERAJAAN JUGA YANG TANGGUNG WEI)
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150. (ABIS DUIT KWSP)
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. (BARANGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERBALOI LAH WEI, MENANG MEMBELI JE)
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA. ( PROJEK UNTUK KRONI JE)
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam. (KRONI JUGA KAYA)
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat. ( NI OK LAH )
Pelajar IPT minta  kurang bayaran PTPTN , BN bagi rebet handphone, beli handphone jenama tertentu dan tempat tertentu je, bukan nak nak senang pelajar bagi lalai ada lah dgn pembelian handphone nie pelajar akan asyik dgn dunia sosial je , nanti salahkan pelajar tak pandai nak agih masa ..ini semuanya adalah poyo bagi kami

Thursday 4 April 2013

Demokrasi

Ini baru betul, tapi ini bukan sekadar untuk rakyat je , walaupun berlainan PARTI jangan lah sampai hilang dan putus hubungan sesama manusia, dan jgn lah asyik bertelagah, apa salah nya sama – sama usaha membangunkan Kerajaan Malaysia, kalau tahu MB Selangor bijak Ekonomi lantik je beliau sebagai Menteri ekonomi, jangan hanya pandang ahli dalam parti yang sama je, nie yang dah kalah pun masih juga lantik jadi menteri , orang tu kalah sebab rakyat tak yakin dengan dia , so jgn lah ambil jadi menteri sebab tu lah rakyat menyampah dan menyebabkan yang lain pun mendapat tempias yang sama. Jika negara lain boleh bercampur parti untuk memerintah negara mereka, kenapa tidak kita yang berpegang dengan konsep 1 Malaysia tidak mampu untuk bersama – sama memerintah negara ini meskipun berlainan PARTI. renung dan fikirkanlah wahai Bakal pemenerintah sekalian.

Salah ke

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicdw5NXibh0zY8wMgjP6Yd5W5tc62wz3drYT6aWUaQOaQwDF0g8ux44X8_X4mTBkN-DsDnn_rlXi3h4rJMI4t4gY4u-p99Hel_CU346PftSCYKzwgLP3K7o_0rFPHTYTQuELsUDgxqRKk/s400/PRN+SARAWAK+174.jpg

Mahfuz Omar PAS Kantoi  makan kat restoran 1 Malaysia, walaupun posting ini bertarikh Friday, April 8, 2011 , soalan saya salah ke makan sana, kenapa tak halal ke, kalau halal takkan itu pun nak kecoh bro, kalau salah salah dari sudut mana ,berita biar jelas jangan sekadar kutuk utk dpt hit yang tinggi , sekian .

'Saya tidak menghina Nabi'

Kenyataan Khairul Fahmi Matsom

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menegaskan, kenyataannya menerusi laman Twitternya minggu lalu tidak bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh beberapa akhbar.
Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi. –petikan daripada http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tidak-menghina-nabi-1.145184

beliau telah disalah faham oleh blogger yang terlalu fanatik dengan Parti BN, so para pembaca sekalian jangan terima bulat2 apa yang anda baca cari dahulu bukti lain jangan jadi terlalu bergantung dengan satu sumber, gunakanlah pertimbangan ada akal waras yang Allah bagi dengan betul , supaya senang kita nak jawab kelak di mahkamah yang MAHA AGUNG, yang semua buktinya tersimpan dengan rapi dan tidak mungkin dapat kitak hack atau delete utk menipu dgn mengatakan tiada bukti, tak caya takpe nanti hang tau lah bila dah mati.

KERAJAAN DAN PARTI

600px-flag_of_barisan_nasional-svg1 images
my

Berapa orang diantara kita rakyat Malaysia ini paham  beza diantara Parti dan Kerajaan, biar jelaskan kerana sudah terlalu bosan asyik dengar orang kata Barisan National adalah Kerajaan, Kerajaan secara ringkasnya wahai pakcik2 yang duduk kedai kopi Pak jabet bukan Barisan National, BN tu parti juga , cuma diorang menang Pilihan raya , hasil dari pakcik2 pangkah atas kertas undi, jangan lah cakap kalau Kerajaan BN kalah cikgu, bomba, askar , polis, dan semua kaki tangan Kerajaan akan hilang kerja, wahai pakcik2 kedai kopi tak kira siapa menang dalam pilihan raya anak2 pakcik yang kerja dgn goment takkan kena buang kerja kecuali mereka ada buat salah sperti tak dtg kerja atau ambil dadah, jadi lain kali pacik2 janganlah marah kalau orang betulkan ok.

Wednesday 3 April 2013

Tangkap ini orang

pix_gal0 579571_477580132309980_1085220672_n

Bila menyentuh tentang kesejateraan dan keselamatan negara , kami suara ajaib amat sensitif dan amat mengharap agar Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl, 57  cepat ditemui atau menyerah diri demi memudahkan siasatan  dan keAmanan , kesejahteraan dan Keselamatan Negara Malaysia menjadi lebih baik.

Faham ke beza kerajaan dengan PARTI

Taniah TV1 RTM , kerana telah berjaya mengedit pengumuman DS Najib  , namun pembaca berita dan DS Najib mengatakan bahawa BN adalah kerajaan, saya telah berusaha menerangkan kepada pembaca sekalian bahawa BN , DAP, PKR , PAS dan lain lain itu semua nya adalah PARTI, Kerajaan pula adalah terhasil udian rakyat terhadap mana –mana parti yang mereka yakin dapat membela hak mereka, jadi kita berharap selepas ini mana2  ahli BN jangan berkempen dengan megatakan mereka adalah Kerajaan, kerana mereka hanyalah PARTI. Kami dari group suara Ajaib berharap pengundi akan mengundi dengan bijak sana , jangan lah kerana sedikit sumbangan pemikiran anda semua berubah. Kami berharap pilihan raya kali akan berjalan dengan lancar dan penuh tulus dan jujur oleh pihak yang terlibat, andai tidak tulus dan jujur pun tidak apa , sebab kita semua akan di hakimi kelak oleh Yang MAHA ADIL.

Kejujuran Blogger

Adakah blogger yang tulis blog politik jujur , ada tapi kurang, banyaknya bohong dan terlalu berat sebelah , kami di blog suara ajaib ni pun belum pasti betul2 duduk atas pagar, kadang2 pandai juga masuk tmpat lain, diharapkan kepada teman2 blogger suatu masa nanti sampaikanlah maklumat dari kedua – dua parti politik jangan lah kita terlalu pro kepada satu Parti Politik sahaja , dan terlalu memburukkan parti lain, dalam dunia blogging ada juga dosa dan pahala, so fikir – fikirkan lah sebelum kita post sesuatu ye

Berat Sebelah

Masa lepak makan dengan kawan2 tadi di area satok , ada member tanya kalau tulis cerita pasal Lahad Datu boleh ke? … kita orang kata boleh je no hal lah, dia kata tak kena tangkap atau kenak delete ke blog kita, dalam kepala saya susah juga nak jawab nie, biar jawab sini je lah ya , pada saya selagi tak menghina kerajaan dan pasukan keselamatan itu semuanya boleh, menghina memfitnah mana – mana Parti Politik terlibat dalam kes di Lahad Datu adalah salah dan boleh di dakwa, namun ada juga blog yang menuduh dan memfitnah Parti Perikatan (pihak pembangkang) yang merupakan dalang dalam kes Lahad Datu tidak diambil tindakkan oleh kerajaan Malaysia, tetapi jika blogger menuduh Parti BN pasti akan dihadapkan ke mahkamah, sewaktu menulis artikel ini saya amat berharap agar saya tidak dikenakan tindakan undang – undang dan blog ini tidak akan di sekat atau kena DELETE, kami hanya menyampaian yang hakikat, bukan nak famous mcm blog2 lain yang tidak pandai duduk atas pagar, alasan mereka takut jatuh mcm humpty dumpty, pada padangan kami SUARA AJAIB , berkata benarlah walaupun ia amat sukar , semoga Allah membebaskan kita ke jalan yang benar di dunia dan Akhirat. harapan kami dengan penulisan sebegini diharapkan blogger lain pun akan muncul dgn imej duduk atas pagar, kita baca posting org kita kaji baru kita cuba ulas dgn kebijaksanaan yang Allah bagikan . sekian yang terasa pedas cepat minum air dan berwuduk.

Gendang Pilihan raya

Dengan pembubaran parlimen hari ini tadi oleh DS Najib Razak, maka gendang perang untuk pilihan raya telah bermula, semoga calon yang bertanding dapat berkempen dalam suasana yang aman damai tanpa kekecohan, sebab negara kita baru sahaja selesai dgn kekecohan yang terjadi di Lahad Datu, diharapkan juga PARTI yang bakal memimpin kerajaan Malaysia selepas PRU 13 nanti akan melakukan sesuatu yang lebih baik daripada sesi sebelumnya, dan kami rakyat amat berharap tiada fitnah dan kutuk yang bakal di sebarkan oleh calon –calon yang bakal berkempen kelak, berkempen lah dengan cara yang berhemah dan profesional. Berikut pula ada pautan video tentang pembubaran Parlimen lihat dan kaji jangan kritik dahulu  http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/parlimen-sah-bubar-3-april-2013-video.html

TAMU BARU SAMARAHAN

IMG_20130402_160226

IMG_20130402_160240

IMG_20130402_160023

IMG_20130402_160247

Tamu baru Samarahan telah beroperasi, kedudukkan nya yang berdekatkan dgn jambatan samarahan amat sesuai utk penduduk samarahan yang pulang kerja dari arah Kuching , ini secara tidak lansung akan dapat membantu mengurangkan kesesakkan lalulintas yang sering terjadi dikawasan jalan menuju Uitm, kawasan tamu baru ini amat terancang dan kemas serta mempunyai pasarana letak kereta yang banyak dan selesa serta tidak menganggu lalu litas, di kawan Tamu Orchard juga disediakan tandas untuk kegunaan pelanggan dan peniaga, terima kasih kepada MDS kerana mengambil inisiatif menyediakan kawasan tersebut, meskipun belum meriah dan ramai peniaga disana adalah diharap dalam tempoh singkat ini tamu Orchard ni akan menarik lebih ramai peniaga dan pelanggan. sekali lagi TAHNIAH kepada MDS

Tuesday 2 April 2013

Kemarin admin pg jln muara tuang dan ternampak papan tanda bandar riyal, terdetik dlm hati admin wah canggih juga master plan Bandar Riyal nie, lepas nie pasti peniaga yg kat dpn samrindah akan menikmati keselesaan berniaga,  namun buat masa ini lalu lintas kwsan muara tuang nie masih sempit tambah pulak org jual babi hutan kat tepi jln menambah geli gelaman admin masa lalu kat sana, hope pihak berkuasa boleh mempertimbangkan hal berkenaan

Monday 1 April 2013

KASINO TEMPAT HABISKAN DUIT PTPTN

kasino zaydaxydamtaxxupzcib1w

Gambar ini sekadar hiasan sahaja, kebelakangan ini group suara ajaib ada terdengar rintihan bahawa Kota Samarahan di Sarawak selain menjadi pusat pengajian Tinggi yang kian pesat membangun dengan pasarana yang sangat memuaskan penduduk di bahagian tersebut. Pusat perjudian ONLINE  (online casino )  juga turut bekembang bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dari info yang group kami perolehi para pelajar IPT juga turut melaburkan wang PTPTN ditempat tersebut dengan niat untuk mengandakan wang tersebut bagi menanggung kos pembelajaran dan juga sara hidup mereka. Kami tertanya2 salah pusat casino online atau salah pelajar?, memang diakui tiada penawaran jika tiada permintaan, tapi yang pelik golongan bakal graduan ni berpendidikkan  kenapa boleh tertipu, mereka pasti ada jawapan kepada persoalan tersebut, pusat casino online nie pulak dah berkali2 kena serbu masih juga beroperasi, kita harap perkara begini dipandang serius oleh Pihak yang tertentu, jika sekarang mereka berkuasa membuka pusat kasino tidak hairan satu hari nanti Bahagian Samarahan yang di kenali dengan gelaran Gedung Ilmu akan bertukar menjadi pusat kasino dan juga night Club seperti Las Vegas… moga Allah memberi pentunjuk untuk kita sama2 mengatasi masalah sebegini demi kebaikkan semua.