Pages

Tuesday 24 December 2013

Parking telah di reserved

 

Baru ini admin pergi ke beberapa buah pasar raya di sekitar Kota Kinabalu dan juga di sekitar Kuching, di dalam Wisma Merdeka Kota Kinabalu dan Saberkas Kuching, kami mendapati betapa sukarnya untuk mencari parking terutamanya pada waktu makan tengah hari, pada pemerhatian kami perkara tersebut terjadi kerana kebanyakkan tempat telah di reserved untuk kepenting kereta rasmi kerajaan dan juga dijadikan tempat untuk carwash (di Wisma Merdeka). Apa yang kami kesalkan adalah setelah 15 minit berpusing mencari parking masih juga tiada, namun mesin autopay tetap mengenakan bayaran.

Wednesday 18 December 2013

Untung 5 sen dari setiap pelanggan

 

Perasan atau tidak rupa – rupanya dalam diam ada pasar raya yang maju sentiasa mengambil kesempatan daripada para pelangggan mereka, sama ada ini atas arahan pihak pengurusan ataupun kehendak juruwang sendiri, kerana admin sudah kerap kali terkena oleh pasaraya Giant meskipun cawangan yang berbeza dan juruwang yang berbeza, mungkin ada diantara para pembaca tidak kisah sekiranya baki anda sepatutnya Rm 20.45 dikembalikan sebanyak Rm 20.40 , pada pendapat sesetengah orang apalah jika sekadar Rm 0.05 bukan miskin pun..namun jika seorang juruwang boleh berbuat demikan untuk 200 orang pelanggan dan ada 5 kaunter maka sehari pasaraya tersebut mengutip wang curian sebanyak Rm 50 sehari dan katakan ada 100 cawangan maka sehari untung daripada rm 0.05 ialah rm 5000. itu cuma kira kasar, saya tidak mengatakan perkara ini dirancang namun jika dirancang maka kecurian ini tidak boleh dimaafkan. tetapi jika ini adalah sikap sesetengah juruwang maka bagi saya pekerja tersebut tidak jujur dan amanah. kepada para pembaca sekalian tuntutlah hak anda meskipun ianya hanya Rm 0.05.

Friday 13 December 2013

kadar terlebih berat yang melampau airasia

 

kawan admin yang baru sampai dari kota baharu menyatakan rasa sakit hatinya kepada geng suara ajaib tentang kadar over weight air asia yang pada pandangan beliau rm 23 sekilo adalah melampau berbanding dengan MAS yang mengenakan rm 40 untuk setiap 5 kilo, beliau berkata beliau terpaksa membatalkan tiket beliau dari kota baharu dengan AIRASIA dan membeli tiket MAS meskipun mahal sedikit tapi puas hati dapat membawa barang banyak , beliau menambah lagi kadar MAS sebenarnya berpatutan sebab memberi 30Kg percuma untuk setiap orang dan juga dibekalkan dengan makan dan minum bagi setiap penerbangan..

Sakit hati Di KLIA

 

admin baru pulang dari Kuala Lumpur… semasa sampai hari tu dengan barang banyak dari tempat tuntutan bagasi (sorong dengan troli besar)… namun sewaktu nak menuju pintu keluar dekat kastam check datang brother bangla nie dia kata no big troli, terus je suruh keluar jalan lain dan tukar kepada dua buah troli kecil. Nasib admin baik baru nak tolak duah buah troli tu ada