Pages

Wednesday 31 July 2013

WANITA ISLAM HARAM SERTAI RATU CANTIK. GIMNASTIK BOLEH KE?

Isu terbaru yang menimbulkan kekecohan  umat Islam di Malaysia adalah pengguguran peserta beragama Islam daripada menyertai Ratu Cantik Malaysia, kami sokong tindakkan tersebut yang berdasarkan kepada fatwa pada tahun 1996, namun seperti yang rakan blogger www.lianglahad.blogspot.com laporkan bahawa menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..pada padangan kami sewajarnya Datuk Wan Zahid berusaha untuk menjelaskan semua nya seperti yang termaktub dalam hukum agama Islam bahawa menampak tubuh hatta sehelai rambut pun kepada yang bukan muhrim adalah berdosa.

Dalam kehangatan isu ini , ada juga yang bertanyakan kepada kami bagaimana pula jika perempuan islam menyertai pertandingan gimnastik dan renang..apakah hukumnya , pada pendapat kami tetap juga haram berdasarkan kepada hukum dilarang menunjukkan aurat kepada yang bukan maharam mereka. Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak menampakan kulit asal mereka ,malah menutup dengan rapi… memang mereka menutup dengan rapi ,tetapi tetap menampakkan bentuk badan mereka dan inilah yang dinamakan berpakaian tetapi seperti telanjang.

Sunday 28 July 2013

Summer Mall Samarahan tercemar?

 

Pasti anda tertanya apa maksud kami tercemar… andai anda tinggal sekitar Summer Mall  mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan, terus terang kami katakan bahawa Summer setiap malam akan di cemari dengan botol – botol arak yang kami pasti tidak ada dijual di dalam supermarket Survey, namun menurut perkerja yang membuat pembersihan pada minggu pertama pembukaan Summer hampir 1/2 guni penuh dengan botol arak setiap hari. Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tanggungjawab pegawal disana , namun setelah di tanya kepada para pengawal mereka mengatakan “kami pernah tegur mereka supaya membuang botol minuman keras tersebut ,namun tidak diperdulikan, bukan kami tak nak berkeras tapi mereka ramai dan andai kata mereka menyerang yang bersalah tetap kami sebab mereka berada dalam pengaruh alkohol.” Para pengawal berkata kebanyakkan mereka ada remaja yang besekolah dan juga menganggur.

Pihak pengawal berharap agar polis dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut sebelum Summer menjadi lebih tercemar dan menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi, pada masa yang sama kami juga terpanggil untuk bertanya tentang kenderaan yang terlalu banyak diletakkan dihadapan tangga utama ke pintu masuk Summer Mall tersebut, pihak pengawal respon “ dah berkali – kali di beri amaran namun tidak juga dipedulikan dengan alasan lebih senang untuk pergi membeli belah dan pulang”.. ditanya juga kepada para pelanggan respon mereka “ tempat letak kereta dibawah masih gelap terutama waktu malam dan pintu keluar masuk belum teratur”. pada pandangan kami, sebenar nya para pelanggan ini suka ambil mudah sahaja tanpa memperdulikan keadaan lalu lintas menjadi sesak.

Saturday 27 July 2013

Adakah Khidmat Talian Pelanggan Celcom kurang membantu?

 

ramai yang telah menghantar email kepada kami mengenai masalah dengan layanan pihak Celcom care line ni, susah juga kami nak menjawab soalan diatas sebenarnya, sehingga lah seorang teman kami dari www.suaraajaib.com terkena tempias yang sama beberapa hari lepas.

Wednesday 24 July 2013

Harga rokok dijangka mencecah Rm 16 untuk 1 kotak

 

Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar atau jumlah perokok tegar , maka ada khabar angin menyatakan bahawa dalam tempoh masa terdekat ini Kerajaan Malaysia mungkin akan meletakkan harga minimum bagi sekotak rokok pada harga Rm 16 sekotak. Adakah usaha ini akan berjaya jika benar2 dilaksanakan?, pada pandangan kami cara terbaik adalah memberhentikan terus penjualan rokok dan tembakau dan banteras habis – habisan penjual rokok seludup, tutup kilang rokok di Malayasia dan henti mengimport bahan tersebut.

Kami ada membuat sedikit tinjauan , dimana kami bertanya kepada penghisap rokok adakah dengan menaikkan harga rokok akan menyebabkan ramai orang akan berhenti merokok, jawapan rata2 mengatakan tidak, kerana sifat ketagihan akan terus mendorong perokok untuk mencari bahan tersebut tanpa mengira harga, dan ad juga yang akan berusaha untuk mencari rokok seludup yang murah dan banyak dipasaran.

Tuesday 23 July 2013

Bonus part -2: Bonus Aidilfitri , dibayar 9 Ogos

 

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan. Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

bonuslagi Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

Pasti ramai yang sedang seronok baca perkara ini di laman web dan website berita harian kan?, namun berita tersebut adalah aritkel lama yang diolah kembali oleh berita harian, secara logik cuba kita fikir pernah kah bonus hari Raya diberi selepas hari Raya , kena pula 9 Ogos tu berkemungkinan adalah hari raya kedua …. so sahih ke berita ni ..daripada website teman blogger kita http://fuh.my/bonus-hari-raya-2013-setengah-bulan-gaji-kakitangan-awam/ …yang memperkenalkan diri beliau sebaga Dr Fuh ..beliau ada menyediakan link website tentang sebaran akhbar tersebut ..anda adalah digalak mengunjungi website Dr.fuh..

Sunday 21 July 2013

Benarkah? ,Raja Sulu Kiram hendak serang Tambunan

 

Pihak polis Sabah sedang menyiasat asal usul satu surat yang kononnya ditulis oleh seorang askar Sultan Sulu yang akan menyerang Sabah untuk membalas dendam. Surat tersebut diterima pada 3 Julai yang lalu yang ‘kononnya’ ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ diatas arahan Sultan Sulu keluarga Kiram, yang dihantar ke majlis daerah Tambunan, kandungan surat tersebut berkata yang mereka akan mencetuskan peperangan di Tambunan untuk membantah pertempuran di Lahad Datu pada bulan Ogos yang lalu.

Ketua polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata”Kami sedang membuat siasatan terhadap kes ini, tetapi sehingga kini tiada laporan rasmi daripada pihak kami”

http://www.beritanisma.com/wp-content/uploads/2013/07/tentera-sulu.jpg http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/Pilihan%20raya%20kecil%20kuala%20besut%20ulasan.jpg

Friday 19 July 2013

Kes ke -2 guru ditembak mati

 

Kulim kes ke 2 guru dibunuh dalam kereta, kali ini mangsa seorang guru yang berbangsa India mati ditembak dalam keretanya ,ada sumber yang mengatakan bahawa mangsa juga terlibat dengan geng gengstar geng 36, mangsa juga dikatakan membuat kerja mengedar dadah,  kemungkinan pembunuhan mangsa ada kaitan dengan ketidak puasan hati daripada geng lain, mangsa yang berusia 50 mati ditembak jarak dekat dan melanggar kereta lain sebelum mati dalam kereta MPV wish nya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0719/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg

Persoalan kenapa sekarang ini banyak guru yang dibunuh oleh gengster atau pembunuh upahan, bukan setakat itu ada juga yang menyampaikan kepada kami bahawa Ustaz pun dah mula join geng2 tarik kereta , geng tuntut hutang … kenapa ini terjadi , adalah tidak salah guru atau ustaz membuat kerja sambilan namun kenapa mesti kerja yang berlawanan dengan bidang tugas mereka, kenapa tidak melibat diri dengan perniagaan yang sah dan selamat. Kepada warga pendidik diluar sana yang masih terlibat dengan kumpulan samseng atau gengster berhentilah ,kami www.suaraajaib.com tidak sanggup lagi melihat lebih ramai guru akan menjadi mangsa bunuh akibat terlibat dengan hutang along ataupun gengster.

Ps: moga Kementerian Pelajaran mengambil perhatian yang lebih kepada para pendidik kita , demi memastikan bahawa para pendidik kita berada dalam keadaan yang selamat.

Mencipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 56

 
Perayaan hari merdeka ke 56 sebulan lebih sahaja dari sekarang, namun auranya sudah mula terasa, logo bagi perayaan ke 56 mungkin akan berubah wajah dengan ada pertandingan mereka cipta logo hari kemerdekaan yang dianjurkan oleh www.kkmm.gov.my , syarat dan terma boleh di baca pada laman web tersebut. Hadiahnya tidak kurang hebatnya, cepat tarikh tutup semakin hampir iaitu 22 .Julai 2013

 

 

 

 

 

semoga perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini akan berjalan dengan lancar, aman dan meriah, adalah diharapkan juga tiada golongan yang mula memasang niat untuk sabotaj atau menghuru harakan Sambutan tersebut yang bakal berlansung pada 31.Ogos . 2013.

Tradisi bubur lambuk di kekalkan

 

Malaysia Airline atau masih dikenali dengan MAS  mengekalkan tradisi yang dimulakan sejak 2008 iaitu mengedarkan bubur lambuk kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan agensinya, rakan perniagaan dan pemegang kepentingan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari dalam bulan Ramadhan sehingga menjelang Syawal.

Thursday 18 July 2013

Bonus 1.4 juta penjawat awam belum pasti

 

Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.( titipan dari http://www.hmetro.com.my/articles/Kerajaankajipemberianbonusbuatpenjawatawam_Najib/Article?mutakhir )

 

 

Wednesday 17 July 2013

Alvin dan Vivian telah ditangkap, apakah nasib Adlin (Makcik Hajjah Sitt Al Wuzura)

 

Berapa hari ini kita telah disajikan oleh media cetak dan elektronik mengenai isu Alvin dan Vivian yang menghina islam dengan meletakkan logo Halal Jakim pada babi yang dimakannya. Mereka berdua telah dihadapkan ke SKMM dan tindakkan bakal dikenakan atas kesalahan tersebut, taniha kepada pihak SKMM yang bertindak pantas , namun dalam kita sibuk kes si alvin dan vivian ini , muncul pula dilayar facebook seorang perempuan yang bernama Adlin yang lebih dikenali sebagai Makcik Hajjah Sitt Al Wuzura, yang beralamat asal di Kuala Lumpur Namun kini mengakui bahawa dirinya tinggal di Norway. penghinaan oleh adlin ni kami di www.suaraajaib.com merasakan lebih teruk dan melampau berbanding dengan yang dilakukan oleh Alvin dan vivian , kerana Si adlin seorang melayu dan automatiknya beragama Islam.

gmbr murtadin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYYzQ0uV3FDtCHAIi6VDA6qGUPVfwoQJLkbFak6WYj45ArC7jB3BLMpCd8RY0og8xQpz5OwTCghaeGuk40xZ_VdW0v27_y23FuMGi46YOa8QbZfI8bjrIoRU5SDZ8ZleSYFefSQmawjQi5/s320/jauhi+murtad.jpg
 
kami warga www.suaraajaib.com amat berharap pihak SKMM akan dapat mengesan alamat sebenar dari mana si adlin ini beroperasi dan adalah tinggi harapan kami agar tindakkan yang lebih keras dikenakan kepada umat islam sendiri yang menghina Agama dan Nabi mereka. samping harapan kami kepada pemimpin kawasan Petrajaya kuching Sarawak , tolong pantau setiap gerak geri gereja di taman koperkasa yang berdekatan dengan e – mart.

Sunday 14 July 2013

Mangsa Pertama Mercun Buatan Sendiri Di Kedah

 

Alahai baru masuk puasa Ramadahan yang ke 4 dah ada kes pertama mangsa mercun buatan sendiri yang dilaporkan di Alor Setar Kedah, mangsa dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling dipercayai menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam Selasa.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling. Dikatan kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.  http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2013/7/11/mstar_jenayah/20130710192229

Friday 12 July 2013

Ubah domain

 

Salam sejahtera kepada semua, kami yang dahului berdaftar dengan www.suaraajaib.blogspot.com telah berubah arah kepada www.suaraajaib.com, namun perjuangan kami masih sama dan tetap memperjuangkan hak rakyat dan menjadikan aduan, suara dan tulisan anda semua sebagai alasan kami untuk bekarya. terima kasih kepada blogspot kerana telah membantu ranking kami selama ini di alexa , moga dengan perpindahan ini www.suaraajaib.com masih mendapat sambutan.

Wednesday 10 July 2013

Lynas tarik balik saman fitnah terhadap SMSL

 

KUANTAN: Lynas Corporations Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap kumpulan Anti-Lynas 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL) di Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LynastarikbaliksamanfitnahterhadapSMSL/Article/?bh, Bagaimanapun pihak Lynas tidak menyatakan sebarang sebab atau alasan mengapa mereka menarik balik saman fitnah itu.


gambar ihsan daripada jendelamy.blogspot.com
http://w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.138369.1346895879!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg

kenapa perlu tarik balik jika berada dipihak yang benar .. kedua – dua syarikat sepatut meneruskan perjuangan masing – masing bagi membuktikan bahawa mereka berada di pihak yang benar, atau saman sebelum ini hanya sekadar lakonan untuk mengelirukan masyarakat Malaysia dan mendapat publisiti media dan secara tidak lansung membantu media melonjakkan market , kami para blogger juga berterima kasih kepada pihak yang begini kerana membantu kami untuk melonjakkan rankingn dan SEO.

Namun kami di www.suaraajaib.blogspot.com macam terhidu something fishy , kerana tiba2 je tarik balik saman dan lynas tidak pula memberi sebab kenapa tarik balik…hehehe..apa – apa pun terima kasih kerana memberi ruang untuk kami berkomentar, dan menaikkan ranking kami  .

Friday 5 July 2013

Sim kad SKMM dan sim kad 1 Malaysia, harga naik berkali ganda

 

SKMM telah lama mengadakan sim kad unlimited kepada rakyat Malaysia yang kurang mampu dan juga kepada para pelajar demi untuk merapat jurang antara semua rakyat Malaysia dan sekaligus dapat membudayakan IT kepada semua rakyat Malaysia serta mengubah generasi  buta IT kepada celik IT, SKMM bukan sahaja menyediakan Broadband Yang murah dan laju , namun turut membekalkan komputer netbook kepada JKK kampung dan juga para pelajar, di sini kami suaraajaib.blogspot.com meluah sedikit rasa kesal kerana ada sesetengah pihak telah mengaut ke untungan yang berlipat kali ganda dengan penjual sim kad SKMM dan broadband 1 Malaysia, ini semua terjadi kerana permintaan yang tinggi disebabkan kelajuan internet prepaid mengalahkan atau telah mengatasi kejuan sim postpaid tanpa mengira syarikat penyedia perkhidmatan broadband ini.

Thursday 4 July 2013

tak boleh dedah siasatan Taib

 

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu. Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.