Pages

Saturday 21 September 2013

Pusat judi dibawah pejabat cawangan PBB samarahan

 

IMG_20130920_125133

Sungguhpun pusat judi online di Kota Samarahan telah ditutup namun pusat judi berbentuk hiburan masih bergiat aktif, kali ini kami mendapati pusat judi tersebut terletak dibawah pelajabat gerakkan PBB Kota Samarahan. Menariknya ialah pusat judi tersebut hanya beroperasi selepas waktu pejabat  sekitar jam 7.00 mlm hingga 12 malam. Ini mungkin bertujuan untuk mengelak operasi mereka dikesan, lagipun mereka berselindung mengguna kedai bekas restoran dan masih mempunyai tanda nama.

Persoalannya adakah pekerja di pejabat gerakkan PBB samarahan sedar akan perkara tersebut atau buat tidak tahu atas sebab – sebab tertentu. Moga kita mendapat pencerahan dalam masa terdekat atau tindakkan menutup tempat judi tersebut dilakukan. Artikel ini merupakan sambungan daripada Judi porpular bulan ramadhan, namun kami masih gagal untu mengambil gambar sewaktu judi tersebut beroperasi.

p/s : jika pusat gerakkan BN tidak sedar adalah diharapkan pusat gerakkan PAS kota samarahan sedar dan mencari jalan untuk menghentikannya sebelum judi tersebut semakin berkembang.

Saturday 14 September 2013

Wira papan kekunci

 

http://images.t-nation.com/forum_images/mytphotos/fullSize/a/7/a7c5e-keyboard_warrior.jpg http://www.jinx.com/Content/Contest/1/24f735ff785848948d5b3.jpg

Pilihan raya umum PRU 13  telah lama berlalu, debat dan serangan pribadi oleh individu yang bertanding telah lama berhenti , namun kini yang tinggal bertelagah menyatakan parti mereka bagus dan parti lawan tidak bagus cuma wira papan kekunci (keyboard warrior). Kenapa, kerana mereka ini terlalu fanatik dengan senario politik negara sehinggakan ada yang sanggup berjaga hingga pagi menunggu maklum balas di wall facebook atau twitter untuk menjawab segala serangan dan tohaman yang dilemparkan kepada parti kesayangan mereka. Mereka melaku semua itu dengan rela hati mereka demi membuktikan mereka benar.

Keyboard warrior yang paling jahat adalah yang memaparkan sesuatu gambar atau artikel tanpa penjelasan dan mengharap orang akan respon, apa tujuannya?..konon untuk perbincangan dan perkongsian, namun kebanyakkan nya menjadi perbalahan dan pergaduhan keyboard warrior tahap prebet, boleh kata keyboard warrior yang post then senyap tak respon tu kira mcam batu api dan pengacau ke amanan le.

p/s: keyboard warrior nie kalau tak dibendung alamat kita akan mengalami nasib mesir dan beberapa tanah arab lain le gamak nya.

Monday 9 September 2013

klinik dan kaunter pembayaran penuh waktu pagi dengan penjawat awam.

 

Baru – baru ini pihak suaraajaib menerima email bertanya kenapa klinik dan kaunter pembayaran dipenuhi oleh penjawat awam, dengan kesempatan melawat beberapa lokasi seperti klinik swasta dan kerajaan dan juga beberapa kaunter pembayaran bil mendapati memang benar bahawa ianya dipenuhi oleh penjawat awam.

http://beritaterkini.my/wp-content/uploads/2013/01/Penjawat-Awam-Facebook.jpg http://3.bp.blogspot.com/-M5QONsgYe8s/ToyJbEUouBI/AAAAAAAAC-8/eDoveLq8Gw8/s400/curi_tulang.png
Daripada servey yang telah kami jalankan mendapati bahawa alasan mereka adalah jika pada waktu tengah hari  masa terlalu singkat untuk berurusan, tapi yang peliknya selepas urusan selesai kami dapati mereka akan memenuhui pula kedai – kedai kopi dengan alasan sudah masuk waktu minum pagi. Ada kedai kopi yang kami temubual mengatakan ada sesetengah penjawat awam ini akan duduk dikedai kopi hingga jam 12, dan memberi alasan takut tidak sempat keluar untuk ambil anak pulang sekolah. Persoalannya adakah mereka yang sama melakukan rutin ini setiap hari?, ada pemilik kedai kopi yang mengatakan majoriti adalah orang yang sama duduk dikedai kopi hingga jam 10 dan menyambung semula dari jam 12 hingga  jam, kadang – kadang berlarutan hingga jam 3 dan 4 .

Sunday 8 September 2013

Lesen Halal di Alibaba kan

http://1.bp.blogspot.com/-oGDch8LnYpY/T7SeFHWWkfI/AAAAAAAAKDk/PyeWZR1lY5Y/s400/logo+halal+jakim.jpg

seperti yang pernah kami katakan bahawa ada penyalahgunaan lesen perniagaan makanan halal, apa yang dimaksudkan pada masa kini banyak bumiputera melayu yang mempunyai lesen perniagaan makanan halal yang membolehkan mereka membuka restoran atau kedai makan, namun apa yang mendukacitakan adalah majoriti mereka lebih sanggup untuk menyewakan lesen tersebut kepada orang bukan Islam dan hanya duduk rumah menunggu bayaran dari sewaan lesen tersebut.

Beberapa bulan lepas ada yang mengadu bahawa salah sebuah restoran di kawasan kuching yang ada sijil halal,rupanya dari tukang masak hingga pelayan adalah bukan muslim, pengadu mendapat tahu apabila mendapati bekas pelajarnya yang bukan Islam berkerja direstoran dengan mengenakan tudung, pada sangkaan pengadu bekas muridnya telah memeluk agama islam, namun apabila bekas pelajarnya mengatakan bahawa jika menggunakan tudung semasa bekerja mereka akan dibayar gaji yang lebih. Apa yang dikhuathiri adalah adakah bahan mentah seperti ayam dan daging diperolehi dari pengedar dan pembekal yang memiliki sijil Halal.

Thursday 5 September 2013

Nazri Aziz raja kecoh menteri BN ke?

 

Bulan lepas Datuk Nazri Aziz mengatakan kuasa mutlaknya sebagai menteri tidak boleh dipertikai , sehinggakan beliau minta tolong dengan menteri lain untuk ambil anaknya bekerja. Hari ini beliau mengamuk lagi siap kata orang bodoh hanya kerana pihak pakatan rakyat menyuruh bayar minyak guna duit gaji menteri sendiri. Datuk Nazri berkata “ Budak itu (Rafizi) bodoh. Dia bukan tahu apa, main cakap je. Dulu saya tidak terlibat dengan rasuah pun dia cakap saya terbabit dengan rasuah”.

Sunday 1 September 2013

Restoran maju, tandas terbiar

Dah beberapa hari ini kami hendak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa kedai dan restoran muslim. Ada beberapa buah restoran dan kedai makan yang kami pergi di sekitar kuching dan samarahan tandas mereka berdekatan sama ada dengan tempat membancuh air dan ada juga didalam dapur tempat memasak makan. Apa yang lebih menyedihkan adalah keadaan dan bau tandas yang amat tidak menyenangkan dan tidak terlalu terlampau jika kami katakan andai masuk tandas sebelum makan pasti akan hilang selera makan.