Pages

Sunday 25 August 2013

Antara cheap sale dan cheat sale

Meskipun hari raya telah masuk minggu ke 2,tapi jualan murah sempena hari raya masih racak diadakan.

Namun sedikit pelik apabila baju yang saya beli semasa cheap sale dalam bulan ramadhan menjadi lebih murah selepas raya, kenapa kerana ini lah yang dinamakan CHEAT SALE. Peniaga dan supermarket semua tahu bahawa pelanggan pasti membeli habis- habisan sebelum menjelang sesuatu perayaan tanpa berfikir panjang. Pihak kementerian perdagangan dalam negeri harap memandang serius dengan perkara ini.

P/s: peniaga semakin banyak membuat penipuan dalam urusan jual beli pasti akan meningkatkan semula kadar inflasi di negara. So harap pihak yang berwajib peka dengan perkara ini.

Altantuyaa mati katak?, Kematiannya tak terbela !

ramai yang betanya pendapat admin tentang kematian Altantuyaa, selepas dua orang pegawai polis Sirul dan Azilah dibebas  ada yang berpendapat kematiannya adalah mati katak dan sia – sia, baru baru ini Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan kekecewaannya dengan Mahkamah Rayuan kerana tidak mengarahkan diadakan perbicaraan semula kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pada pandangan kami pendakwaan itu boleh dikatakan lemah, kerana jika dahulu kita tahu dua orang pegawai ini disabit menggunakan bom c4 untuk mengebom Altantuya, maka secara logik apabila mereka berdua bebas pasti ramai yang hendak tahu siapa kah yang sebenarnya membunuh?, jika hakim rayuan mengatakan mereka berdua , persoalan kenapa dibebaskan, adakah kerana mendapat pengampunan Agung, atau memang mereka tidak bersalah. Kalau mereka berdua tidak bersalah , seharusnya perbicaraan semula diadakan bagi menunjukkan keadilan dalam sistem undang – udang negara kita dan sekaligus menjadikan negara luar memandang tinggi dengan sistem kehakiman negara kita.

Friday 23 August 2013

Akhirnya bebas dari maut selepas 7 tahun

 

Masih kah anda ingat kepada dua orang anggota polis ini ,mereka berdua adalah yang tertuduh dan akhirnya disabit bersalah dalam kes Altantuya Shaariibuu 7 tahun lalu,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEil5swEKuYldA8sjUT6G_d-yGncUKGPEqtRKkIddCPLlWs34CZcozPWj0p-4jFjBwSICIoQnnxWEqRb2wmiqNrZ_VIcIzRr38BV5FmhK5dedTIZBpm5nIIvz3RVsL7rio45hnpmDDd_ocqN/s320/sirul_azilah.jpgmereka berdua ini mengikut sabit kesalahan  hukumannya adalah gantung mati mandatori, namun terkini petikan dari Berita harian online menyatakan Panel tiga hakim mahkamah rayuan diketuai hakim datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama datuk Linton Albert dan datuk Tengku Maimon tuan Mat sebulat suara membuat keputusan yang dibacakan oleh Tengku Maimon, bahawa mereka berdua dibebaskan dari hukuman gantung mati tersebut dan akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

Thursday 22 August 2013

Model seksi berhenti tayang badan dan masuk Islam, model Muslim pula marah tak bertanding ratu cantik.

 

CARLEY WATTS 24 tahun yang berasal dari Dearham Norfolk yang merupakan model bra yang sedang meningkat naik sanggup meninggalkan dunia glamor dan agamanya kerana tertarik dengan gaya hidup seorang lelaki muslim yang bekerja sebagai penjaga pantai , Carley berjumpa Mohammed Salah, 25 tahun semasa bercuti di Turnisia. Ramai rakan dan ahli keluarganya terkejut dengan keputusan  yang beliau buat.  Carley kini

Wednesday 21 August 2013

Benar Ujian kehamilan PLKN dorong pengguguran bayi?

 

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/160/200x267x9fb965cb0a92cf6e2b1ac2db12752011.jpg.pagespeed.ic.AIlHCUQC7v.jpg

Pengarah ksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah berkata  “Mewajibkan ujian kehamilan untuk pelajar yang terpilih untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bukan hanya "melanggar privasi" tetapi juga membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan”menurut mereka, ia mungkin mendorong pelatih yang belum berkahwin mengambil "langkah drastik" untuk mengelakkan kehamilannya dikesan.

Friday 16 August 2013

Hak mutlak menteri tak boleh dipersoal , kenapa hak Sultan boleh?

 

sultan

Antara Sultan dan Menteri siapa yang lebih besar pangkatnya, jika di imbau kembali semasa pemerintahan Tun Dr Mahatdir, Beliau sangat tegas dan yakin diri sehingga beliau mampu mengurangkan Hak dan kuasa Sultan.

Pembaca di paksa suka (like) sebelum boleh baca kandungan blog.

 

Apa kata anda jika ketika anda menekan sesebuah blog untuk membaca kandung nya ada diberi pilihan seperti berikut :

like
pasti ada yang rasa meluat dan terpaksa like, namun sebelum era facebook wujud kebanyakkan para blogger memasang script yang mewajibkan menjadi follower sebelum maklumat yang mereka bekalkan boleh kita baca, kini era like di facebook pula menjadi ganti demi untuk meningkatkan ranking , mungkin ada yang tidak kisah menunggu 30 saat tetapi kalau dah sampai kena tunggu sehingga 100 000 saat mahu tak mahu tekan je butang like.

Thursday 15 August 2013

DAP dipersila buka cawangan di Samarahan dan Asajaya

 

Abdul Karim Rahman Hamzah mempersilakan DAP untuk membuka cawangan di Samarahan dan Asajaya selepas DAP membuka cawangan di DUN Tupong yang bertujuan memberi bantuan dan menerima aduan daripada penduduk sekitar, pada pandangan kami yang kurang arif dalam bidang politik , tindakkan Datuk Abdul Karim ini sebenarnya adalah bahaya, meskipun peluang DAP hendak menang PRN –11 di kawasan Tupong mahu kawasan Asajaya dan Samarahan adalah kemungkinannya nipis, namun dengan pembukaan cawangan dan diurus oleh wakil dari bangsa sesuatu kawasan adalah tidak mustahil boleh mengurangkan kepercayaan penduduk setempat dengan BN, adalah tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat untuk memberi bantuan tanpa menunggu peruntukkan dari kerajaan pusat, dan ini akan menyebabkan penduduk yang dahagakan bantuan akan berpindah undi dengan sekelip mata.

CHONG “kes tembak yang kerap berlaku kini adalah sandiwara BN.”

 

Pemuda BN Perak telah membuat laporan berkenaan dakwaan CHONG CHIENG JEN dalam the Borneo Post bertarikh antara 13 dan 14 Ogos, kesan daripada laporan tersebut menyebabkan  ada  pihak yang sampai mengatakan bahawa Pemuda dan jentera BN Sarawak terlambat lagi untuk membuat laopran, namun pada hemat kami BN Sarawak sebenarnya sedar dan tahu akan laporan tersebut,

Friday 9 August 2013

Sindiket 'black money' tumpas,

 

Sindiket Black Money yang dipercayai telah beroperasi selama dua tahun ini dalam penghasilan wang palsu akhirnya tumpas setelah dua orang warga asing tertangkap hasil laporan daripada seorang ahli perniagaan Indonesia yang merasakan diri telah ditipu.
Bukanlah nak mempersoalkan kewibawaan dan kecekapan anggota polis kita, namun kenapa setelah dua tahun baru dapat dikesan dan ditangkap, bayangkan berapa banyak kerugian yang telah kita tanggung akibat pertukaran wang paslu ini dengan  wang tulen negara kita, adakah selama tiada operasi dijalankan kerana tiada laporan atau kerana terlalu takut untuk tampil kehadapan untuk membuat aduan sehingga perkara ini sukar untuk disiasat . Andai kata tiada laporan diterima daripada ahli perniagaan Indonesia, mungkin perkara ini akan berlanjutan lebih lama lagi .

Tuesday 6 August 2013

Cari Aisyah!!!, pakwe ambik anak?

 

Dalam keasyikkan kita membeli belah demi menyambut lebaran yang bakal menjelma dua hari lagi janganlah terleka dan lupa tanggungjawab kita kepada anak – anak yang dibawa bersama, kerana saban tahun pasti ada kanak – kanak yang hilang sehingga tidak dijumpa lagi.Baru – baru di dinding facebook kami terpampang wajah comel seorang kanak – kanak yang bernama Aisyah telah hilang dan ada rakaman menunjukkan bahawa beliau dibawa lari. berikut ada gambar tersebut, ini gambar yang dirakam semasa kejadian di Jasco Rawang. Namun syukur seperti yang dilaporkan dalam facebook kanak – kanak ini telah dipulangkan kepada ibunya oleh pakwe ibunya, ni nak gurau lah kot, kalau nak gurau janganlah yang bangang macam nie. Pada pandangan kami perkara sebegini harus juga dikenakan tindakkan undang – undang sebagai pengajaran kerana menyusahkan pihak berkuasa.

Sunday 4 August 2013

OPS Pintu

 

Serian Sarawak seorang warganegara bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin  di kediamannya , jika didapati menyalahi akta Imigresen 1959 /63 dan peraturan – peraturan Imigresen 1963, dia boleh didenda 5000 – 30 000 atau penjara tidak lebih daripada 12 bulan atau kedua – duanya sekali.

Thursday 1 August 2013

Judi porpular bulan ramadhan?

 

Hari raya bakal menjelang dalam beberapa hari saja lagi, semua umat Islam sibuk membeli belah dengan wang khas hari raya yang diberi kepada kakitangan awam dan juga pesara bagi memastikan raya yang bakal menjelang tiba  nanti disambut dengan meriah.

Namun dalam kesibukkan membeli belah dan menambah amal dalam minggu akhir puasa ini , terdapat segelintir masyarakat Islam di Kota Samarahan yang sibuk melayan permainan meneka warna , dengan tujuan untuk memenangi air berminuman tin yang bakal digunakan untuk menghidang tetamu yang datang beraya dirumah mereka, yang lebih memalukan pakcik, makcik, kakak dan abang yang bertudung dan berkopiah turut sama dalam permainan tesebut, kami sempat bertanya kepada seorang kakak yang pulang dengan tangan kosong, tidak salah ke permainan tersebut , akak tu dengan selamba kata “ kalau judi mesti guna duit ni cuma teka dengan tin dan menang air tin, bukannya menang duit pun”, akak tersebut turut mengatakan “ benda ni rezeki dik , kalau kena syukurlah bertambah le air untuk raya, kalau masa bukan bulan akak tak pegi sini , sebab tak ada perlu dengan air tin nie sangat”. Seorang pakcik pula mengatakan “ judi lain lah kena guna duit , macam main daun terup, dan tikam dadu, ni teka warna dan menang air, air yng dimenang halal bukan arak, lagi pun cuma bulan puasa je sesuai untuk main sebab boleh kumpul air untuk raya”.

p/s: Pihak JAIS dan ahli parlimen Rubiah , serta majlis daerah samarahan tolong le perhatikan benda nie, sebab judi ini dekat desa Ilmu siap sewa kedai, kot – kot depa beli dah kedai tu, dalam everise kat samarindah pun kami dapati judi ini mendapat sambutan yang kuat, bagaimana mereka mendapat lesen?, apakah ini dianggap oleh pihak berkuasa sebagai mianan fun fair sahaja.moga pihak tertentu ada terbaca perkara ini.