Pages

Wednesday 10 April 2013

Pemimpin PERKASA Pro umNO Hina Agama Lain

 

Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim. 

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.


Saksikanlah bagaimana bebasnya pemimpin PERKASA pro umNO menghina agama lain!!

P/s : Kenapa dia boleh hina ?, sebab dia UMNO, kalau PR, DAP dan PAS mesti kena tangkap atau ke kutuk punya ..hehehhe

No comments:

Post a Comment