Pages

Thursday 20 June 2013

Keadaan kebakaran yang memusnahkan lebih 100 rumah di Kg Datu, Sibu, Sarawak

 

Embedded image permalink

Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu Sibu tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah papan milik mereka petang tadi.Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah kosong sebelum merebak ke rumah-rumah lain dengan cepat.

Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja'afar berusaha untuk mengawal keadaan daripada merebak,sehingga pukul 7 petang semalam anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan menyiasat punca sebenar kejadian. Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. -ringkasan drp utusan malaysia

 

Kami warga kerja www.suaraajaib.blogspot.com merakamkan takziah kepada mangsa yang terlibat.. dan kami juga mendokan agar bantuan akan segera dihulurkan bagi meringankan sedikit beban para mangsa kebakaran tersebut… disamping itu juga moga kerajaan pusat atau negeri akan menstruktur semula susun atur kampung tersebut agar lebih teratur dan apabila terjadi kebakaran diharapkan dapat mengurangkan bilangan rumah yang terlibat. Kami juga mengucapkan syukur kerana tragedi tersebut tidak meragut nyawa.

No comments:

Post a Comment