Pages

Tuesday 18 June 2013

Guru anti kerajaan , kenyataan salah dari Tan Sri Dr James Masing

 

Sebelum ini Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing pernah mengeluarkan kenyataan berhubung ada guru di Sarawak masih anti-kerajaan. Dan, kenyataan James Masing itu telah mendapat perhatian tegas daripada Setiausaha Agung Kesatuan Guru Sarawak (STU) Yong Ing Thung sebagai berkata kenyataan Masing itu merupakan gambaran buruk terhadap guru di negeri ini.

Biarpun dikritik keras Setiausaha STU, James Masing berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menegur sikap segelintir guru di negeri ini yang anti-kerajaan.

Yong bertegas bahawa mengatakan guru anti-kerajaan adalah suatu yang amat tidak pernah dijangkakan oleh rata-rata guru yang berkhidmat dengan penuh setia di bawah kerajaan memerintah hari ini.

Namun, bagi Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah itu menegaskan bahawa wujud keadaan guru didapati tidak berpihak kepada kerajaan BN.

 

 

artikel ini jika anda mengatakan mcm ulangan , kami akui memang  ada ulangan kerana masih ada yang tetap menyatakan BN adalah kerajaan, kepada pemimpin yang terlibat fahami lah bahawa guru – guru dan kaki tangan penjawat awam tidak pernah berpaling tadah dengan Kerajaan Malaysia..yang di mereka tidak memihak adalah parti BN… namun apa jua agenda Kerajaan Malaysia untuk memajukan Malaysia , para penjawat awam semuanya telah menyatakan taat setia, so lain kali pilihlah ayat yang sesuai sebelum menghina atau mengutuk rayat yang telah memilih PARTI Barisan Nasional untuk mengetuai Kerajaan Malaysia..harap semua pemimpin selepas baik dari PARTI pembangkang ataupun PARTI pencadang ..tahu beza antara kerajaan dengan parti….sekian harap maklum

p/s: harap2 admin tidak dikecam atau dituduh menghina pemimpin..kami hanya menyatakan benda yang hakikat …..

No comments:

Post a Comment