Pages

Saturday 15 June 2013

'Mohon kuasa isytihar harta'

 

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kerajaan memberi kuasa kepadanya untuk mendapatkan perisytiharan harta daripada individu yang disyaki tanpa perlu pembuktian wujudnya kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) untuk membuat pindaan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 bagi membolehkan suruhanjaya itu mendapat kuasa berkenaan.

“Pada masa ini suruhanjaya tidak mempunyai kuasa untuk meminta seseorang mengisytiharkan harta tanpa ada siasatan ke atas kesalahan rasuah terhadap individu terbabit,” katanya pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama lebih 30 Editor pelbagai agensi media di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, semalam.

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhykbL1AUiSm4jVNERAN0XPl349yEN082qkk8zQ_HNfEN4dKQlzKmE9n58H7wzO7PBibtI86ybvAmNM5k3axTXgN49kSbu-pRdI3XVWgGuYK4zUBGNoSyjX1T64WPmyl3nECzoDzjip652p/s400/logo-sprm.jpg

pernyataan diatas adalah disunting daripada berita harian 14 jun .. kami rasa SPRM dan JKMR patut diberi kuasa agar boleh menjalankan siasatan dengan lebih efektif dan berkecuali.. ini juga secara tidak lansung akan menjadi kadar atau peratus menerima dan memberi rasuah dapat diturun hingga paras 0% kalau boleh… kami harap kerajaan akan meluluskan perkara ini secepat mungkin. moga terus maju SPRM

No comments:

Post a Comment