Pages

Sunday 7 April 2013

AKU JANJI BN JIKA TERUS DIBERI MANDAT TADBIR NEGARA SELEPAS PRU13.

112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai arah tuju & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kiraan ekonomi yang berhati-hati dan tidak sembarangan.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat. ( DATANG DARI  MANA DUIT, KAKI TANGAN KERAJAAN JUGA YANG TANGGUNG WEI)
BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150. (ABIS DUIT KWSP)
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas. (BARANGAN 1 MALAYSIA TIDAK BERBALOI LAH WEI, MENANG MEMBELI JE)
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA. ( PROJEK UNTUK KRONI JE)
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam. (KRONI JUGA KAYA)
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat. ( NI OK LAH )
Pelajar IPT minta  kurang bayaran PTPTN , BN bagi rebet handphone, beli handphone jenama tertentu dan tempat tertentu je, bukan nak nak senang pelajar bagi lalai ada lah dgn pembelian handphone nie pelajar akan asyik dgn dunia sosial je , nanti salahkan pelajar tak pandai nak agih masa ..ini semuanya adalah poyo bagi kami



















No comments:

Post a Comment