Bendera Parti PAS telah lama berkibar di kawasan Kota Samarahan, bukan sekadar di hadapan pejabat gerakkan mereka malah turut di bulatan dan jalan jalan di seluruh Samarahan, Bendera Parti BN hingga ke hari artikel ni diterbitkan belum ada tanda bendera BN di naikkan , adakah kerana mereka yakin tanpa bendera dan sepanduk warga samarahan tetap akan memberi calon mereka Rubiah Wang untuk menang, kami berpendapat Rubiah Wang boleh menang meskipun kurang disenangi oleh penduduk Samarahan, namun kemenangan tersebut adalah kerana jasa pemimpin Barisan yang dahulu, secara umumnya andai Rubiah Wang bertanding sebagai Calon bebas , nyata dan pasti beliau akan hilang wang pertaruhan.
Bagi calon PAS pula peluang untuk menang juga ada , diharapkan calon PAS apabila berkempen jangan lupa mengatakan bahawa segala jenis perjudian yang sedang giat di jalankan sekitar Samarahan ketika ini akan ditutup terus tanpa dapat beroperasi lagi , kerana sebelum ini meskipun pusat perjudian tersebut telah diserbu , ia hanya mengambil masa 2 minggu untuk mereka memula operasi dengan menawarkan pelbagai hadiah , ini akan kami cuba selongkarkan lagi kelak jika ada kesempatan lain
No comments:
Post a Comment