Pages

Friday 19 April 2013

Mercu Kemajuan Samarahan

 
20111125101512_3D SummerMall Aerial View

Summer Shopping Mall yang di jangka siap dalam tahun ini membuat penduduk samarahan rasa gembira, kerana ini sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk samarahan, beberapa hari lalu admin ada nampak iklan jawatan kosong bookstore smart pula berdekatan dengan tapak pembinaan Summer ini, disamping itu Logo Big Apple juga sudah terpampang di pintu utama bangunan yang bakal memuatkan pasaraya Servey.

Servey dijangka memberi saingan yang hebat terutamanya kepada Everise dan Unaco, namun ini mendatangkan banyak kebaikkan kepada penduduk Samarahan, kerana sudah pasti pasar raya ini akan cuba menawarkan servis dan harga  yang terbaik bagi menarik pelanggan untuk berkunjung serta membeli belah. Namun kami dari suara Ajaib amat berharap apabila siap kelak summer ,agar pihak yang berkuasa akan sentiasa memantau tempat tersebut (SUMMER)  bagi mengelak golongan remaja terutamanya yang masih bergelar pelajar daripada melepak dan ponteng sekolah, kerana kadar pelajar di samarahan ini yang ponteng dan melepak semakin meningkat dan akan kami laporkan sedikit masa lagi bersama dgn aktiviti yg dilakukan semasa melepak.

No comments:

Post a Comment