Pages

Friday, 19 April 2013

KUTHBAH KHAS PILIHAN RAYA


khutbah-jumaat http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/04/pilihanraya_sarawak13.gif
Semasa duduk mendengar Kuthbah Jumaat tadi di salah sebuah masjid milik kerajaan yang beberapa minggu dahulu milik Parti Barisan National, dalam kuthbah ada menyebut jangan membuka aib orang , kerana orang yang membuka aib orang akan di aibkan kelak di mashar, meskipun perbuatan nya memang salah dan berdosa , ingat lah bahawa Allah sentiasa menutup aib hamba nya , seperti dalam kisah ini :

Pada zaman Nabi Musa AS, Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan.  Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kalimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh
debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil  athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi..asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, kerana engkaulah hujan tak  turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksudkan.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Begitulah baiknya Tuhan..kalau lah dibuka aib kita setiap kali kita melakukan dosa, tentu lah malunya manusia. Tetapi dengan rahmatNya di tutup aib bahkan sekiranya bertaubat dan Allah ampunkan dosa2 bahkan bila  taubat di terima, akan di padam segala keaiban tersebut.

PS : kami tahu ada blogger atau pembaca yang bakal bertanya mana dalil dan rujukkan kisah ini, ada juga yang akan mengatakan ini cerita dari Israil Liat, apa pun yang penting adalah message yang hendak disampaikan, kerana pemerintahan sekarang akan berusaha untuk memisahkan hukum Allah dengan politik, sedarlah bahawa Agama akan menjadikan politik sesuatu negara , tamadun menjadi lebih teratur dan tersusun. Andai dipisahkan hukum Allah dengan politik pasti negera kita (negara Islam contoh) ini akan ditimpa bala lagi ,mungkin lebih dahsyat dari sunami, atau apa jua balasan yang bakal Allah hantar.

Kepada teman blogger , sampaikanlah yang benar meskipun amat sukar untuk dinyatakan, namun jaga adab dan budaya Islam dalam menyampaikan maklumat dan khabar , jangan fitnah dan mengaib orang menjadi agenda utama , semata - mata mahu ranking naik... khuatir di akhirat kelak rangking nak ke surga susah.  pesanan ini untuk saya dan semua rakyat dan pemimpin malaysia tanpa mengira bangsa dan agama ( 1 Malaysia ).

 

No comments:

Post a Comment