Pages

Monday 8 April 2013

Manifesto: PR 10 minit, BN siaran langsung

 

KUALA LUMPUR: Ketika Pakatan Rakyat (PR) bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negara bagi membentangkan manifesto pilihan raya kepada rakyat, Umno BN mendapat laluan mudah apabila manifestonya disiarkan secara langsung oleh media milik kerajaan dan media arus perdana.

“Agak lucu apabila dia (Umno BN) tawarkan 10 minit kepada Pakatan Rakyat untuk bentangkan manifesto (secara rakaman),” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul kepada TV Selangor hari ini berhubung perkara itu.

Majlis pelancaran manifesto BN untuk PRU13 oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib di Stadium Bukit Jalil malam ini dalam satu majlis khas akan disiarkan secara langsung oleh media perdana di negara ini.

Johari turut mempersoalkan siaran langsung tersebut kerana kerajaan yang wujud ketika ini adalah kerajaan sementara di mana Umno BN sebagai pentadbir tidak boleh menggunakan agensi atau jentera kerajaan bagi kerja parti.

“Saya ingin bertanya sama ada Umno BN membayar atau tidak kepada RTM kerana menggunakan fasiliti kerajaan. Secara undang-undang, dia (Umno BN) tidak boleh menggunakannya untuk tujuan kerja-kerja parti,” ujarnya dipetik Selangorku.

Johari mendakwa, Umno BN melakukan perubahan terhadap manifestonya yang diyakini telah disiapkan awal tetapi ditarik semula apabila PR melancarkan manifesto lebih awal.

Sebagai contoh, katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak pernah didebatkan di dalam Parlimen sama ada bagi bajet 2010, 2011 atau 2012.

“Bila PR menyediakan Buku Jingga pada 2010 yang didalamnya jelas menyatakan bantuan RM1,000 setahun kepada rakyat khususnya berpendapatan rendah maka Umno-BN lantas melancarkan BR1M walaupun tiada bajet diluluskan oleh Parlimen.

“Ini menunjukkan Umno-BN ketandusan idea. Dia cuma akan buat ‘adjustment’ terhadap apa yang dia ada dan mengikut apa dicadangkan PR. Bagi saya, Umno-BN tidak mempunyai ‘originality’ tetapi ‘copycat’,” katanya.

kutipan daripada  http://bm.harakahdaily.net

p/s : nie lah yang dinama penipuan pihak media, cubalah beri peluang yang sama rata, debat tu yang paling penting.

apa2 pun BN dan parti Pakatan Rakyat nie berlakon le dalam media , lepas sidang parlimen ,hari raya duduk juga sama – sama gelak, pikir  untung masuk, yang gaduh – gaduh pasal parti itu dan ini cuma kita rakyat je..semua hal politik nie lakonan je, pembangkang dengan BN sebenarnya dia orang nie tetap kawan , ada projek sama sama juga makan, kalau tak mcm mana PR nak dapat dana untuk parti mereka, dan bagaimana nak carik makan kalau tak rapat dengan BN yang kawal semua urusan kewangan negara, renung dan fikirkan, so siapa jua yang kita undi kita tetap menyaksikan lakonan dunia politik, moga Allah memelihara kita daripada ditipu dan dibohongi oleh dunia politik yang hampir tersasar daripada landasanNya.

No comments:

Post a Comment