Pages

Tuesday 11 June 2013

Menghina Nabi Muhammad

 

Baru – baru ini laman sosial facebook telah disalah gunakan lagi, setelah menghina Agung dan Institusi Raja – Raja, seorang Programmer yang konon bernama calvin Gani telah dengan lancangnya menghina Nabi Junjungan Umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa beliau bertindak demikan?.. buat masa ini tiada sebarang penjelasan yang dia buat, namun kami berharap apa jua yang dia bakal katakan nanti kita umat Islam haruslah mendengar dahulu dan menganalisa apa jua alasan dia, kita sebagai Umat Muhammad jangan lah terlalu mudah untuk memaaf seseorang , orang seperti si calvin ini seharusnya didenda dan dikenakan tindakkan yang setimpal.

 

 

Janganlah sekadar permohonan maaf yang kita minta ,kerana jika demikian si Calvin dan yang lain lagi diluar sana akan mengambil kesempatan dengan sifat kita umat Islam yang terlalu pemaaf… jika kita sekadar memberi maaf, maka mereka akan terus menghina dan mohon maaf…tetapi jika tindakkan udang2 sivil atau syariah dikenakan ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain juga agar menghormati nilai sebuah negara bebas beragama , tanpa menghina atau memperlekehkan agama orang lain. kita sebagai warga 1 Malaysia harus memahami bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun tidak pernah melarang atau menghalang kepercayaan agama lain… so kita rakyat Malaysia harus saling menghormati agama orang.

No comments:

Post a Comment