Pages

Monday, 10 June 2013

Apa faedah kampen sehari tanpa rokok ??

 

 

Datuk Dr S Subramaniam

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan akan meminta syarikat-syarikat rokok di negara ini mengurangkan lagi kandungan tar serta nikotin dalam tembakau sebagai langkah menghapus tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, langkah itu serta beberapa tindakan lain akan dibuat melalui dua fasa iaitu mulai Jan 2014 dan Jun 2015.
"Kita akan kurangkan kandungan tar dalam sebatang rokok dari 20 miligram kepada 10 miligram dan kandungan nikotin dari 1.5 miligram kepada 1 miligram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2013 di pusat membeli belah Sunway Pyramid di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengasas dan Pengerusi Sunway Group Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
( petikan daripada http://www.sinarharian.com.my)

Baru baru ini dalam berita di TV telah memaparkan pelancaran sehari tanpa rokok , dengan simbolik rokok besar dan rokok yang di kumpul telah dibakar… ini semua konon agar orang ramai tahu bahawa rokok adalah bahaya kepada kesihatan… dan Dr S.Subramaniam pula meminta kandungan tar dan nikotin dikurang , ini menimbulkan persoalan ..kenapa tidak di tutup dan diharamkan terus penjualan rokok tembakau ini seperti mana rokok eletronik di haram dan di katakan lebih berbahaya kepada kesihatan..sehingga ada pihak yang sanggup menyenaraikan pelbagai implikasi kesan menghisap rokok elektronik.Ini jelas bahawa kita masih bergantung kepada cukai penjualan rokok tembakau dan risau bahawa rokok elektronik akan mampu menyebabkan perokok tegar berhenti merokok.

seperti yang terpapar dibawah oleh Jawatankuasa Fatwa bahawa rokok haram….. kenapa tak diperjelaskan dalam kampen sehari tanpa rokok dan tidak juga terlalu melampau sekiranya ada pihak mengatakan bahawa kita terlalu takut dengan syarikat pengeluar rokok ..kerana mereka banyak menaja dalam aktiviti tertentu terutamanya bidang sukan dan juga kempen anti rokok.

 

http://3.bp.blogspot.com/_78wTW2FJJhc/TKLriy7TPnI/AAAAAAAAAUU/bSmbinLd8Fc/s1600/rokok.jpg

Pada pendapat kami warga www.suaraajaib.blogspot.com, cara terbaik untuk memastikan rakyat Malaysia meninggalkan tabiat merokok adalah dengan menutup kilang rokok, mengharam penjualnya serta menyekat kemasukkan rokok seludup, jika kurangkan nikotin dan kadar tar, rokok tembakau tetap juga mengandungi 4000 racun yang mendatangkan mudarat kepada perokok dan yang menghidu asapnya.

P/s : ini sekadar pendapat mengenai kempen anti rokok dan yang serupanya.. harap pandangan dan huraikan kami tidak disalah ertikan.. ini ada blog mewakili suara semua.

No comments:

Post a Comment