Pages

Wednesday 12 June 2013

tidak boleh tukar nama, kenapa?

 

Baru –baru saya ada ikut perjumpaan tak rasmi kawan – kawan masa sekolah menengah dahulu, salah seorangnya berbangsa Cina , namun beliau adalah muslim sejak lahir , sewaktu perjumpaan itu ketika ditanya nama anak nya beliau menyebut nama Cina, bila diaju kenapa beliau tidak guna nama Islam , beliau menjawab nama muslim ada cuma tidak boleh didaftarkan dalam sijil Kelahiran dan My kId, beliau menyatakan bahawa Jabatan Pendaftaran tidak membenarkannya kerana nama beliau masih cina, bila dicadangkan beliau tukar nama beliau menyatakan lagi bahawa bapa beliau juga perlu tukar nama baru lah semua boleh guna nama Islamik…

http://www.malaysiacentral.com/information-directory/wp-content/uploads/2008/12/mykid_malaysia_children_identity_card_front.jpg

 

Adakah ini patut, secara logik akal saya mengatakan tidak patut, kerana ini boleh menyukarkan urusan tertentu seseorang pada masa hadapan, malah hendak meletakkan perkataan Islam pun tidak boleh dalam kad pengenalan, sekurang2nya jika nama tidak boleh ditukar dalam kad pengenalan biarlah perkataan islam boleh dimasukkan dalam kad pengenalan bagi mengelak timbul masalah dalam hal2 yang tertentu. Disamping itu juga diharapkan semoga pihak yang bertanggungjawab dapat mengubal semula rang undang2 Pendaftaran Kelahiran dan kematian agar tidak menyukarkan urusan seseorang pada masa hadapan. sebagai contoh seandainya seseorang yang tidak dapat menukar nama itu meninggal di kawasan yang mana orang tidak mengetahui tentang agamanya , maka pasti akan timbul masalah untuk upacara pengkebumiannya.. so sama – sama kita renung dan pikirkan jalan  penyelesaian yang terbaik…

No comments:

Post a Comment