Pages

Friday 14 June 2013

Penulis Blog tak perlu dedah identiti

 

Sebagai seorang blogger saya pada mulanya terkilan bila ada media melaporkan bahawa Pemilik blog, portal diwajib dedah identiti sebenar ..dan mula mempersoalkan tentang kebebasan bersuara.. namun setelah membaca laporan terkini bahawa laporan itu ada salah faham dari pihak media ..kami suaraajaib.blogspot.com berasa lega daripada kenyataan tersebut.

http://www.colombiareports.com/wp-content/uploads/anonymous2.jpg

namun kami amat menyokong kenyataan ini

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak .. terima kasih DS Najib… kami di www.suaraajaib.blogspot.com cuma menyampaikan dan mengungkaikan permasalahan rakyat di sekeliling yang mana mungkin ahli Perlimen , ahli DUN dan wakil masyarat terlepas pandang.

Sehubungan itu, kami juga mengucap jutaan terima kasih kepada DS kerana masih memberi ruang kepada para blogger untuk menulis luahan rasa kami..dan kami juga akan berusaha untuk mengikut garis panduan sebagai blogger demi menggekalkan keharmonian dan ke amanan negara kita.

No comments:

Post a Comment