Pages

Monday 24 June 2013

Sindiket palsu pasport antarabangsa terbongkar

 

KUALA LUMPUR 23 Jun - Polis membongkar sindiket memalsukan pasport antarabangsa dan cop Jabatan Imigresen Malaysia setelah menahan tiga suspek lelaki yang sebelum itu terlibat dalam kes samun seorang wanita berhampiran Plaza Tol Sungai Besi awal pagi Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis menemui 19 pasport antarabangsa pelbagai negara, komputer dan printer, 23 rubber stamp atau cop dari pelbagai syarikat termasuk cop Imigresen Putrajaya dan tali pinggang menyerupai tali pinggang Jabatan Imigresen.

Polis turut menemui pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk aktiviti pemalsuan pasport serta pelbagai barang milik mangsa yang disamun seperti beg tangan, kad pengenalan, kunci dan telefon bimbit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130623/je_10/Sindiket-palsu-pasport-antarabangsa-terbongkar#ixzz2X1sOLc4b

passport

P/S : Taniah kepada PDRM kerana berjaya menahan penjenayaha tersebut, semoga saki baki penjenayah yang masih berkeliaran itu turut dapat di tahan dan didakwa serta dikenakan hukuman setimpal, kerana perbuatan memalsukan passport ini pada pendapat kami samalah seperti menjual maruah negara kepada orang lain , dan perbuatan memalsukan passort ini juga akan mengakibatkan negara lain hilang kepercayaan kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan boleh merosakkan hubungan dengan negara – negara lain, semoga dengan penangkapan 3 suspek itu akan menjadi pengajaran kepada penjenayah lain yang sering cuba untuk mencabul keamanan dan kedamaian negara kita Malaysia yang aman makmur ini.

No comments:

Post a Comment