Pages

Sunday 23 June 2013

Buka tudung jika mahu kerja, apakah ini wajar?

 

http://islamicshare.sharingnewz.com/wp-content/uploads/Kartun-Gambar-Muslimah-Yang-Cantik-00000008.jpg

Kenapa syarat ini masih dipadang ringan dalam negara kita yang mana agama rasminya adalah Islam, banyak isu sebegini telah dilapor di media cetak dan juga media elektronik, namun sejauh manakah tidakkan telah diambil, Y.B. Datuk Rohani Abdul Karim, kami mewakili suara para wanita Islam yang bertudung mohon YB tolonglah suarakan perkara ini diparlimen demi untuk membela maruah wanita islam bertudung kita, diharap juga agar SUHAKAM dapat memberi pendapat dalam menangani masalah dan membela hak wanita islam bertudung..

 

Kenapa perkara ini :

“Anak saudara saya berkelulusan Diploma Kejururawatan daripada salah sebuah kolej tempatan. Pada 14 Mei 2013, beliau telah menghadiri temu duga di salah sebuah hospital di Kuantan.Semasa ditemu duga, beliau diberitahu bahawa kelulusan, kelayakan dan pengalaman yang ada padanya adalah menepati syarat untuk diterima sebagai kakitangan jururawat di hospital berkenaan. Tetapi beliau hanya akan diterima bekerja di situ sekiranya bersetuju untuk membuka tudung! Anak saudara saya merayu agar dibenarkan memakai serkup/skaf hitam namun tetap tidak dilayan.Terdapat 11 calon bertudung yang ditemu duga dan hanya calon yang bersetuju mengorbankan pegangan akidah dengan membuka tudung diterima untuk bekerja di situ. Akhirnya, anak saudara saya menolak tawaran tersebut walaupun beliau amat memerlukan pekerjaan kerana sudah hampir setahun menganggur.

Saya terpaku, terkejut dan tertanya-tanya, benarkah kita berada di Malaysia? Sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam? Mengapa wanita Islam diperlakukan begini? Syarat yang ditetapkan begitu kejam!

Jika sebelum ini saya biasa mendengar syarat Bahasa Mandarin untuk bekerja di sesebuah syarikat tetapi rupa-rupanya ada syarat-syarat lain yang secara terang-terangan bertentangan dengan hak asasi seorang Islam.

Saya berharap perkara ini disiasat dan janganlah biarkan ‘cacing naik ke mata’ kerana jika dibiarkan akhirnya anak-anak Melayu akan merempat di negara sendiri atau terpaksa menggadaikan maruah diri dan pegangan agama demi sesuap nasi!

MOKTEH BEKENG,

Kajang, Selangor  ( http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130618/fo_01/Buka-tudung-jika-mahu-kerja)

p/s: harapan kami kepada kementerian dan NGO yang berkenaan dengan perkara ini agar perkara ini dipadang serius jangan lah perkara tudung ini dianggap remah dan biasa sahaja, kerana pada pandangan kami perkara remah ini biasanya pada akhirnya akan menjadi acaman besar dan boleh merugikan kita sendiri. moga ada jawatankuasa ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakkan yang wajar kepada syarat yang kami rasa cuba mencabuli hak asasi wanita Islam yang bertudung.

No comments:

Post a Comment