Monday, 24 June 2013

Jerebu ,, salah siapa , generasi masa depan menjadi mangsa….

 

http://mstar.com.my/archives/2013/6/23/mstar_berita/haze_KL.jpg

Jerebu yang melanda negara – negara  Asia tenggara menjadi isu yang amat hangat sejak beberapa hari ini, di Malaysia khususnya , jerebu yang melanda negeri – negeri di semenanjung Malaysia nampaknya semakin membimbangkan dengan kadar IPU yang sekejap naik hingga paras bahaya , namun sukar untuk turun keparas sihat, keadaan ini telah menjadikan generasi masa depan negara kita sebagai mangsa, dimana sekolah terpaksa ditutup ,meskipun ada yang beranggap sekadar tutup 2 – 3 hari tidak mendatangkan kesan kepada pembelajaran mereka, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya terutama kepada yang bakal menduduki peperiksaan seperti USPR, PMR , SPM…

cuti

Ketidak hadiran di sekolah akibat jerebu memang tidak dapat dielak, namun bagaimana para pendidik hendak menghabiskan sukatan pelajaran bagi pelajar – pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar ini.. kami suaraajaib.blogspot.com berharap langkah untuk membenih awan akan dilakukan dengan kadar segera agar IPU jerebu dapat diturun dengan cepat.

Selain itu kami ingin meluahkan  rasa kecewa kami ,dimana negara – negara asia yang mengalami bencana jerebu sekarang ini asyik menyalahkan satu sama lain, adalah lebih baik jika kita yang berada dalam kemelut jerebu ini duduk di meja bulat dan berbincang cara mengatasinya  dan bekerjasama dalam memadamkan hutan yang telah dibakar. Apa –apapun kami ingin meminta agar semua rakyat Malaysia dan rakyat negara lain  yang turut mengalami bencana jerebu ini supaya sama – sama berdoa agar masalah dapat diatasi dengan kadar yang lebih segera, demi kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment