Pages

Saturday 29 June 2013

Summer Mall dibuka dengan meriah

29/06/2013 Summer Mall yang selama ini dalam pembinaan akhirnya telah dirasmikan..meskipun belum semua lot  kedai beroperasi , terutamanya Survey dan Parkwell , namun dengan pembukaan Big Aplle , Hari – hari dan beberapa buah lot kedai lain telah memeriahkan Mall tersebut, perasmian dimulakan dengan tarian singa yang pada pandangan kaum cina boleh membawa rezeki yang lebih baik begitu juga dengan pembakaraan mercun.

Summer yang dirasmikan pada hari ini adalah fasa pertama… fasa hotel , apartment dan water lagoon tetap diteruskan juga, ini jelas menunjukkan bahawa para pelabur telah sedar akan potensi kota samarahan untuk terus maju dan membangun… semoga banyak lagi Mall sebegini dibuka dan memberi lebih bnyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk kota samarahan khususnya.. selamat maju jaya SUMMER MALL, moga lepas ini ada syarikat lain pula yang sudi membina Autum Mall pula di Asajaya atau juga Muara Tuang seperti Bandar Riyal ..yang kelihat amat menarik pada lakaran nya..moga ia tidak menjadi indah gambar dari rupa.

No comments:

Post a Comment