Pages

Thursday 4 July 2013

tak boleh dedah siasatan Taib

 

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu. Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

"Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," kata suruhanjaya itu. Setakat hari ini, siasatan berkaitan dengan dakwaan membabitkan Taib masih berjalan dan SPRM telah mengumumkan kemajuan berkenaannya pada sidang media Sabtu lalu, menurut suruhanjaya lagi.  -----> berita penuh http://www.malaysiakini.com/news/234815

p/s: jadi kepada rakyat Malaysia yang terlalu nak tahu tentang perkembangan siasatan ini sabar je lah ya, nanti Malaysiakini akan siarkan jika ada perkembangan terkini tentang siasatan ini..jika anda sekalian ada info terkini tentang perkara ini atau apa jua yang ingin di jadikan bahan bacaan umum ..sila emailkan kepada kami apa yang anda hendak sampaikan kepada semua warga internet yang semakin berkembang biak ini…

No comments:

Post a Comment