Pages

Wednesday 24 July 2013

Harga rokok dijangka mencecah Rm 16 untuk 1 kotak

 

Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar atau jumlah perokok tegar , maka ada khabar angin menyatakan bahawa dalam tempoh masa terdekat ini Kerajaan Malaysia mungkin akan meletakkan harga minimum bagi sekotak rokok pada harga Rm 16 sekotak. Adakah usaha ini akan berjaya jika benar2 dilaksanakan?, pada pandangan kami cara terbaik adalah memberhentikan terus penjualan rokok dan tembakau dan banteras habis – habisan penjual rokok seludup, tutup kilang rokok di Malayasia dan henti mengimport bahan tersebut.

Kami ada membuat sedikit tinjauan , dimana kami bertanya kepada penghisap rokok adakah dengan menaikkan harga rokok akan menyebabkan ramai orang akan berhenti merokok, jawapan rata2 mengatakan tidak, kerana sifat ketagihan akan terus mendorong perokok untuk mencari bahan tersebut tanpa mengira harga, dan ad juga yang akan berusaha untuk mencari rokok seludup yang murah dan banyak dipasaran.


gambar ini dari blog http://www.gilerkentang.com

gambar dipetik dari :  www.lelong.com

  Manakala seorang peniaga pula berkata  , dulu dunhill cuma Rm 4.50  satu kotak meningkat kepada rm 10.50 pun masih ada yang sanggup membeli, ini semua kerana ketagihan, mereka turut mengatakan jika kerajaan benar2 bercadang untuk menjual pada harga rm 16 sekotak , mungkin ramai peniaga akan menyimpan stok mereka sehingga harga rm 16 diumumkan.

p/s: kepada perokok tegar besediakah berbelanja rm 50 sehari demi kerana rokok sahaja, kalau tak banyak alternatif lain yang kami nampak dah berjaya membantu orang ramai berhenti merokok, antaranya ialah dengan menggunakan rokok eletronik yang sedang cuba diusahakan oleh kerajaan untuk mengharamkannya seperti shisa, namun pada pandangan kami rokok eletronik ini lebih jimat dan kurang bahaya berbanding dengan rokok tembakau, cuba dulu baru tahu.. namun apakah tujuan sebenar jika rokok tembakau di naikkan harga.

No comments:

Post a Comment