Pages

Wednesday 31 July 2013

WANITA ISLAM HARAM SERTAI RATU CANTIK. GIMNASTIK BOLEH KE?

Isu terbaru yang menimbulkan kekecohan  umat Islam di Malaysia adalah pengguguran peserta beragama Islam daripada menyertai Ratu Cantik Malaysia, kami sokong tindakkan tersebut yang berdasarkan kepada fatwa pada tahun 1996, namun seperti yang rakan blogger www.lianglahad.blogspot.com laporkan bahawa menurut Sara, Datuk Wan Zahidi enggan menjelaskan atau membincangkan lanjut mengenai pengguguran berkenaan kepada Datin Anna Lim..pada padangan kami sewajarnya Datuk Wan Zahid berusaha untuk menjelaskan semua nya seperti yang termaktub dalam hukum agama Islam bahawa menampak tubuh hatta sehelai rambut pun kepada yang bukan muhrim adalah berdosa.

Dalam kehangatan isu ini , ada juga yang bertanyakan kepada kami bagaimana pula jika perempuan islam menyertai pertandingan gimnastik dan renang..apakah hukumnya , pada pendapat kami tetap juga haram berdasarkan kepada hukum dilarang menunjukkan aurat kepada yang bukan maharam mereka. Ada yang menyatakan bahawa mereka tidak menampakan kulit asal mereka ,malah menutup dengan rapi… memang mereka menutup dengan rapi ,tetapi tetap menampakkan bentuk badan mereka dan inilah yang dinamakan berpakaian tetapi seperti telanjang.

Moga selepas ini kementerian hal ehwal agama Islam dan majlis fatwa kebangsaan dapat menggubal semula fatwa 1996 supaya berlandaskan perintah dan larang yang ditetapkan oleh Al – Quran dan Hadis Nabi S.A.W. bagi memasti umat Islam dan agama lain tidak terkeliru dan mempertikaikan fatwa yang digubal.

p/s: moga isu wanita islam menyertai gimnastik, renang dan apa jua sukan yang terlalu mendedahkan aurat dapat digubal juga. tapi macam mana pula dengan wanita islam yang berlakon filem atau drama?..moga ada pihak yang sudi mengupas isu ini pula. Namun 3 daripada 4 peseta ratu cantik  tersebut telah memohon maaf kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

1 comment:

  1. Salam Perjuangan, permintaan tuan agar pautan link blog tuan ke blog saya telah saya jalinkan. Moga blog tuan maju jaya hendaknya. -UnReportedNews™® http://theunreportednews.blogspot.com/

    ReplyDelete