Pages

Thursday 1 August 2013

Judi porpular bulan ramadhan?

 

Hari raya bakal menjelang dalam beberapa hari saja lagi, semua umat Islam sibuk membeli belah dengan wang khas hari raya yang diberi kepada kakitangan awam dan juga pesara bagi memastikan raya yang bakal menjelang tiba  nanti disambut dengan meriah.

Namun dalam kesibukkan membeli belah dan menambah amal dalam minggu akhir puasa ini , terdapat segelintir masyarakat Islam di Kota Samarahan yang sibuk melayan permainan meneka warna , dengan tujuan untuk memenangi air berminuman tin yang bakal digunakan untuk menghidang tetamu yang datang beraya dirumah mereka, yang lebih memalukan pakcik, makcik, kakak dan abang yang bertudung dan berkopiah turut sama dalam permainan tesebut, kami sempat bertanya kepada seorang kakak yang pulang dengan tangan kosong, tidak salah ke permainan tersebut , akak tu dengan selamba kata “ kalau judi mesti guna duit ni cuma teka dengan tin dan menang air tin, bukannya menang duit pun”, akak tersebut turut mengatakan “ benda ni rezeki dik , kalau kena syukurlah bertambah le air untuk raya, kalau masa bukan bulan akak tak pegi sini , sebab tak ada perlu dengan air tin nie sangat”. Seorang pakcik pula mengatakan “ judi lain lah kena guna duit , macam main daun terup, dan tikam dadu, ni teka warna dan menang air, air yng dimenang halal bukan arak, lagi pun cuma bulan puasa je sesuai untuk main sebab boleh kumpul air untuk raya”.

p/s: Pihak JAIS dan ahli parlimen Rubiah , serta majlis daerah samarahan tolong le perhatikan benda nie, sebab judi ini dekat desa Ilmu siap sewa kedai, kot – kot depa beli dah kedai tu, dalam everise kat samarindah pun kami dapati judi ini mendapat sambutan yang kuat, bagaimana mereka mendapat lesen?, apakah ini dianggap oleh pihak berkuasa sebagai mianan fun fair sahaja.moga pihak tertentu ada terbaca perkara ini.

No comments:

Post a Comment