Pages

Sunday 28 July 2013

Summer Mall Samarahan tercemar?

 

Pasti anda tertanya apa maksud kami tercemar… andai anda tinggal sekitar Summer Mall  mungkin anda akan faham apa yang kami maksudkan, terus terang kami katakan bahawa Summer setiap malam akan di cemari dengan botol – botol arak yang kami pasti tidak ada dijual di dalam supermarket Survey, namun menurut perkerja yang membuat pembersihan pada minggu pertama pembukaan Summer hampir 1/2 guni penuh dengan botol arak setiap hari. Ada juga pihak yang mempersoalkan tentang tanggungjawab pegawal disana , namun setelah di tanya kepada para pengawal mereka mengatakan “kami pernah tegur mereka supaya membuang botol minuman keras tersebut ,namun tidak diperdulikan, bukan kami tak nak berkeras tapi mereka ramai dan andai kata mereka menyerang yang bersalah tetap kami sebab mereka berada dalam pengaruh alkohol.” Para pengawal berkata kebanyakkan mereka ada remaja yang besekolah dan juga menganggur.

Pihak pengawal berharap agar polis dapat membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut sebelum Summer menjadi lebih tercemar dan menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi, pada masa yang sama kami juga terpanggil untuk bertanya tentang kenderaan yang terlalu banyak diletakkan dihadapan tangga utama ke pintu masuk Summer Mall tersebut, pihak pengawal respon “ dah berkali – kali di beri amaran namun tidak juga dipedulikan dengan alasan lebih senang untuk pergi membeli belah dan pulang”.. ditanya juga kepada para pelanggan respon mereka “ tempat letak kereta dibawah masih gelap terutama waktu malam dan pintu keluar masuk belum teratur”. pada pandangan kami, sebenar nya para pelanggan ini suka ambil mudah sahaja tanpa memperdulikan keadaan lalu lintas menjadi sesak.

gambar disunting dari  : facebook Summer Mall              

gambar disunting dari  :facebook Summer Mall

 

Paling terbaru khabar angin kami terima adalah..ada masalah tidak puas hati sesetengah pihak kepada pemilik utama Summer Mall, dimana ada yang ingin mengusai tender pencuci dan keselamatan , namun tidak diberikan malah diurus sendiri oleh pengurusan Summer Mall. Pada kami ini langkah betul kerana Summer dibina atas modal Pemilik Utama Summer tanpa membabitkan pihak yang tidak sepatutnya masuk campur hingga mengakibatkan pintu Utama pecah dan diganti beberapa kali.

p/s : harap permasalahan ini akan dipandang serius oleh semua pihak , kepada pengurusan Summer buatlah perbincangan dengan pihak berkuasa dan bukan dengan para samseng atau persatuan yang belum pasti dapat betindak dengan lunas undang – undang, moga Summer Mall menjadi tred mark samarahan untuk menarik rami lagi pelabur untuk membina lebih banyak shopping Mall di samarahan ini.

No comments:

Post a Comment