Baru – baru ini pihak suaraajaib menerima email bertanya kenapa klinik dan kaunter pembayaran dipenuhi oleh penjawat awam, dengan kesempatan melawat beberapa lokasi seperti klinik swasta dan kerajaan dan juga beberapa kaunter pembayaran bil mendapati memang benar bahawa ianya dipenuhi oleh penjawat awam.
![]() | ![]() |
Kami suaraajaib merasa sukar untuk menjawab persoalan ini , mungkin benar waktu pagi tempoh untuk berurusan lebih panjang,maka mereka memilih untuk berurusan pada waktu tersebut, namun bagaimana pula jika orang terpaksa berurusan dengan mereka?, dalam zaman digital dan internet ini urusan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian, lainlah jika sakit atau terpaksa melayan pelanggan diluar, kini cara bekerja juga telah dimudahkan dengan “teleworking” bagi pekerja ya tidak telibat secara lansung dengan kaunter.
p/s: moga penjawat awam peka terhadap perkara yang dibincangkan ini, kerana mengabaikan tugas dengan sengaja dan mensia – siakan masa bekerja boleh menjadikan rezeki tidak ada keberkatan kerana di kira mencuri masa kerja , mengabaikan kerja dan membuat sambil lewa boleh di takrif sebagai tidak amanah dan boleh mendorong kepada pendapatan tidak halal dan berdosa.
No comments:
Post a Comment