Pages

Sunday 8 September 2013

Lesen Halal di Alibaba kan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIFWa8tMcws8l-7n94Hxvc_sKfXJCnqxzaj1PXGIZYOCiV89xpmXbERe9K-kWtAsM2Bi7bpFW0UjfI9DUBg4uR7O6wMdHhH7Ao-AZQSNW2HhesJDWqOYuhVSNIjkVIXfyMqgEllAS_jLWn/s400/logo+halal+jakim.jpg

seperti yang pernah kami katakan bahawa ada penyalahgunaan lesen perniagaan makanan halal, apa yang dimaksudkan pada masa kini banyak bumiputera melayu yang mempunyai lesen perniagaan makanan halal yang membolehkan mereka membuka restoran atau kedai makan, namun apa yang mendukacitakan adalah majoriti mereka lebih sanggup untuk menyewakan lesen tersebut kepada orang bukan Islam dan hanya duduk rumah menunggu bayaran dari sewaan lesen tersebut.

Beberapa bulan lepas ada yang mengadu bahawa salah sebuah restoran di kawasan kuching yang ada sijil halal,rupanya dari tukang masak hingga pelayan adalah bukan muslim, pengadu mendapat tahu apabila mendapati bekas pelajarnya yang bukan Islam berkerja direstoran dengan mengenakan tudung, pada sangkaan pengadu bekas muridnya telah memeluk agama islam, namun apabila bekas pelajarnya mengatakan bahawa jika menggunakan tudung semasa bekerja mereka akan dibayar gaji yang lebih. Apa yang dikhuathiri adalah adakah bahan mentah seperti ayam dan daging diperolehi dari pengedar dan pembekal yang memiliki sijil Halal.

Sebagai pengguna kami mewakili rakyat Malaysia secara umumnya dan khususnya rakyat Sarawak memohon agar pihak JAKIM dan JAIS peka terhadap pemilik sijil makanan agar tidak menyewakan sijil dan permit perniagaan makanan halal mereka sesuka hati tanpa mengira siapa yang menyewa.

p/s : harap – harap lepas ni ada serbuan yang akan dijalan oleh JAIS atau JAKIM.Ada pengadu memberitahu bahawa sesetengah kedai menggantung Ayat suci Al – Quran bagi mengelirukan para pelanggan dan pihak yang berkuasa, ini terjadi di kawasan yang merupakan tumpun orang orang Islam…. moga ada tangkapan dan lesen dibatalkan dalam tempoh terdekat ini sebagai pengajaran.

No comments:

Post a Comment